Cerita Auto

Mitsubishi Triton Serba Baharu Dilancarkan

Lebih lasak, lebih bergaya, lebih praktikal dan lebih nilai untuk wang

Mitsubishi Motors Malaysia (MMM), pengedar rasmi kenderaan Mitsubishi di Malaysia, dengan bangganya mengumumkan pelancaran rasmi Mitsubishi Triton serba baharu hari ini. Ia adalah generasi kelima trak pikap yang dikeluarkan oleh Mitsubishi Motors dalam tempoh 37 tahun.

Yang turut hadir pada majlis pelancaran ialah Presiden dan Ketua Pegawai Operasi, En. Tetsuro Aikawa dari Mitsubishi Motors Corporation (MMC), En. Kozo Shiraji, Naib Presiden Eksekutif dan CEO Kumpulan bagi Kumpulan Permesinan Mitsubishi Corporation (MC), Jepun, Tan Sri Marzuki bin Mohd Noor, Pengerusi EON Berhad dan juga Ketua Pegawai Eksekutif MMM, En. Won-Chul Yang.

Triton serba baharu ini dibangunkan sebagai “Trak Utiliti Sukan Terhebat”, menggabungkan keselesaan ruang dalaman kereta penumpang dengan fungsi-fungsi dan keupayaan sebuah pikap. Tegap, bergaya dan reka bentuk dinamik yang menzahirkan bentuk atlet yang cergas, Triton serba baharu ini menawarkan ruang dalaman yang luas, kapasiti mengangkut barangan yang mencukupi dan pengendalian yang menerajui kelasnya.

Mitsubishi-launch-of-the-all-new-Triton

Reka bentuk hadapan diwatakkan oleh reka bentuk jeriji tersendiri yang mana, bersama dengan lampu hadapan bergaya, memberikan pandangan 3-dimensi yang teguh pada bonet. Dilihat daripada sudut profil, Triton serba baharu memiliki reka bentuk arus ke hadapan dan `garisan J’ di antara kabin dan dek belakang yang merupakan rumusan inovatif untuk memaksimumkan ruang dalaman dan pada masa sama, menyediakan jumlah kargo yang besar.

Sama seperti generasi Triton sebelumnya yang menetapkan standard baharu dalam segmen pikap, penggantinya ini juga membawa ciri-ciri pertama dalam kelasnya seperti Butang Tekan Nyala, Operasi Tanpa Kunci, Lampu Hadapan Xenon HID yang disepadukan dengan Lampu Pasang Siang, Kemudia Roda Telescopic dan Tilt beserta Padel Pengubah untuk kawalan manual kepada transmisi automatik apabila pemandu mahu menggunakannya.

Ciri-ciri terbaik dalam kelasnya merangkumi prestasi enjin paling berkuasa dalam kelasnya dengan output maksimum 178 kuasa kuda, kuasa kilas 400Nm dan radius pusingan 5.9 meter.

Mitsubishi-Triton-1

Selain itu, ciri-ciri baharu Triton serba baharu termasuk pilihan 4WD, Sistem Audio Sentuhan Paparan dengan Kamera Mengundur, Audio Lampu Depan dan Penggilap Cermin, dan Kawalan Suhu Dua Zon. (Ciri-ciri bagi setiap varian adalah berbeza.) 

Triton serba baharu didatangkan dengan kecekapan heretan rendah sebanyak 0.42.

Menawarkan lebih keselesaan dan kemudahan, model 4×4 model ini berukuran 5280mm panjang (berkurangan 15mm), 1815 lebar (meningkat 15mm) dan 1780mm tinggi. Jarak permukaan jalan adalah pada 205mm pada kesemua varian 4×4. Dimensi ruang dalaman telah dinaik taraf dalam kesemuanya. Model 4×4 memilik peningkatan 20mm bagi ruang kaki dan 10mm lebih lagi bagi ruang bahu.

Mitsubishi-Triton-3

Memperkenalkan Triton serba baharu, En. Won-Chul Yang, Ketua Pegawai Eksekutif MMM berkata, “Triton adalah model paling laris bagi Mitsubishi Motors Malaysia. Sejak dilancarkan pada 2006, lebih 56,000 unit telah terjual di seluruh negara. Hari ini, kami teruja dengan pelancaran rasmi Triton serba baharu, generasi kelima pikap Mitsubishi Motors yang dikeluarkan. Sejak 1978, lebih 4 juta unit telah terjual di seluruh dunia.”

En. Yang berkata sasaran jualan yang ditetapkan oleh MMM bagi Triton serba baharu ialah 900 unit sebulan, yang diterjemahkan sebagai 20% penguasan pasaran dalam segmen trak pikap di Malaysia.

Mitsubishi-Triton-4

Turut bercakap pada majlis pelancaran itu, En Tetsuro Aikawa, Presiden dan Ketua Pegawai Operasi (COO) MMC berkata, “Triton adalah satu daripada produk paling penting kami dan menyumbang terbanyak kepada usaha-usaha pencergasan semula kami pada 2013. Sama seperti Trition sebelum ini, Triton serba baharu akan teuers menjadi produk utama kami, menyumbang kepada penambahbaikan nilai korporat kami dan pertumbuhan berkekalan di masa hadapan.”

Mitsubishi-Triton-8

Triton serba baharu dengan enjin yang ditambah baik dan telah terbukti, 2.5 liter 4-silinder dengan  Variable Geometry Turbocharger (VGT) bersama intercooled menawarkan Prestasi Tinggi dengan

Penjimatan Bahan Api yang tinggi. Enjin berteknologi maju Doyble Overhead Cam (DOHC) turbodiesel 16 injap bersama sistem common-rail kini menghasilkan kuasa 178 PS pada 4,000 rpm dan kuasa kilas 400 Nm pada 2,000 rpm (50 Nm lebih kilas berbanding model sebelum ini) untuk memberikan Trition prestasi lebih kuat dalam sebarang keadaan.

Mitsubishi-Triton-10

Bagi pelanggan yang lebih berasaskan perniagaan, Triton Quest 4×2 serba baharu kini dipasang dengan enjin 2.5 liter turbodiesel dengan sistem commonrail bertekanan tinggi. Enjin yang telah terbukti ini memiliki output 110 PS dan kuasa kilas 200 Nm.

Triton serba baharu. Diimport secara dipasang sepenuhnya (CBU) dari hab pengeluaran global Mitsubishi Motors di Thailand, ditawarkan dalam lima varian bagi pasaran Malaysia. Berikut adalah harga di Semenanjug Malaysia (tanpa insurans, termasuk GST untuk pendaftaran persendirian):

 

No Varian Harga atas jalan tanpa insurans, termasuk GST  (RM) Warna Pilihan
1 Triton VGT Adventure Automatic 108,273.68 Earth Green, Pearl White, Shadow Black, Red Solid
2 Triton VGT Automatic 98,549.28 Sterling Silver, Pearl White, Shadow Black
3 Triton VGT Manual 92,114.64
4 Triton Manual 83,162.68 Sterling Silver,

White Solid

5 Triton Quest Manual 4×2 67,603.64

Triton serba baharu didatangkan dengan Penyenggaraan Percuma 2 tahun dan waranti kilang 3 tahun atau 100,000 km pertama. Bagi 2,000 pelanggan pertama yang menempah dan mendaftar Triton serba baharu akan menerima Kad Ganjaran PETRONAS percuma bernilai RM138 untuk Dynamic Diesel. Tertakluk kepada terma dan syarat.

Mitsubishi-Triton-2

Transmisi efisien 5 kelajuan dengan mod Sport adalah tersedia, dan juga transmisi manual 5 kelajuan. Ini digabungkan dengan sistem Easy Select 4WD Mitsubishi yang menyalurkan kuasa pada gandar depan dan belakang. Sistem Easy Select 4WD telah secara berterusan dipertingkatkan dalam tempoh dua dekad ini dan memiliki kuasa enjin yang cergas untuk mengendalikan paras kuasa kilas yang tinggi.

Sama seperti model-model Mitsubishi, prestasi Keselamatan Tinggi diberi kepentingan utama. Trition serba baharu memiliki binaan badan RISE (Reinforced Impact Safety Evolution) Mitsubishi yang menggunakan besi tensil kuat, yang berkesan menyerap dan melepaskan tenaga semasa pelanggaran dari semua arah dan pada masa sama, mengurangkan keseluruhan berat badan kenderaan. Palang-palang impak ditambah di dalam pintu bagi perlindungan tambahan semasa pelanggaran sisi.

Ciri-ciri keselamatan lain adalah standard pada kesemua varian iaitu dua bed udara SRS, batang kemudi roda boleh dilipat, pedal brek anti-gangguan, yang boleh dileraikan semasa pelanggaran. Anti kunci Membrek (ABS) dengan Edaran kuasa-brek elektronik (EBD) juga ada. EBD mengurangkan kemungkinan terbabas apabila bahagian belakang menjadi ringan dan roda terkunci dalam keadaan licin semasa membrek.

Mitsubishi-Triton-5

Keputusan Jualan dan Sasaran

Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) mencatatkan jualan tertinggi sebanyak 14,184 kenderaan yang didaftar pada Tahun Kewangan 2014 (April 2014 – Mac 2015). Ini merupakan pencapaian jualan tertinggi MMM sejak ditubuhkan pada Januari 2005. Rekod prestasi itu diserikan lagi dengan rekod sepanjang masa peningkatan jualan 13% berbanding tahun kewangan sebelumnya.

Prestasi teguh ini sebahagiannya didorong oleh momentum keseluruhan syarikat, dipacu terutamanya oleh lonjakan jualan bagi model pertama MMM yang dipasang tempatan di Malaysia,  Mitsubishi ASX. Jualan keseluruhan Mitsubishi ASX ialah 3,299 unit menyumbang kepada 23% daripada keseluruhan jualan MMM bagi tahun kewangan ini. Mitsubishi Triton yang terjual 6,016 unit menyumbang kepada 42% jualan MMM.

Bagi FY2015 (April 2014-Mac 2016), MMM telah menetapkan sasaran untuk menjual 15,500 unit, peningkatan 10% berbanding tahun kewangan ini. Triton serba baharu dijangka menyumbang kepada lebih daripada 50% jumlah keseluruhan MMM.

Mitsubishi-Triton-6

Rangkaian Jualan dan Lain-lain

MMM memiliki 58 bilik pameran (50 daripadanya adalah Pusat 3S) dan 54 pusat servis di seluruh Malaysia. Sasaran baru bagi FY2015 ialah 65 pusat seumpamanya.

Sejak 2005, MMM telah menjual lebih daripada 88,000 unit kenderaan di Malaysia. SUV kompak ASX dengan varian 2WD dan 4WD adalah dipasang tempatan di Malaysia manakala model Mitsubishi lain diimport sebagai CBU dari Thailand  (hatchback kompak Mirage, sedan kompak Attrage, SUV Pajero Sport, pikap Triton) dan Jepun (Lancer).

Untuk maklumat lanjut, sila lawat www.mitsubishi-motors.com.my atau dengan menelefon  Mitsubishi Motors Customer Careline di talian 1800 18 6611 (9 am – 5 pm, Isnin hingga Jumat termasuk cuti umum).

Mitsubishi-Triton-9

Previous post

Aston Martin Lantik CFO Baharu

Next post

SUV Buatan China Dengan Rekaan Itali

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio. 8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio. Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *