Gaya Hidup

Pemilik Perodua Myvi Catat Rekod Perhimpunan Kereta Terbesar

Seramai 2,613 pemilik Myvi telah mengambil bahagian dalam perhimpunan kereta terbesar di Setia Alam, Shah Alam dan secara tidak langsung mencatat sejarah di Malaysia dalam Malaysian Book of Records. Rekod berjaya di catat semasa perhimpunan Perodua Myvi hari ini dengan peserta dari Lembah Klang serta negeri negeri lain di Malaysia bagi meraikan ulangtahun ke 10 Myvi di sini.

MYVIedit-1

Peristiwa yang menjadi sejarah ini adalah sebahagian daripada kempen “Ulangtahun Myvi yang ke 10’’ dalam menyambut 10 tahun kepada model yang paling laris yang mana terjual sebanyak 840,000 unit sejak ianya dilancarkan pada 25 Mei 2005.

Acara Perhimpunan Myvi anggarkan sebanyak 5,000 pemilik Myvi, pemandu-pemandu bersama keluarga berpeluang untuk menyertai aktiviti yang menyeronokkan sepanjang hari di Setia Alam.

MYVIedit-2

Peserta juga diberi pek hadiah bernilai RM400, permainan, pertandingan, menaiki belon udara dan aktiviti lain dengan hadiah-hadiah yang sangat menarik. Peserta juga dipertunjukkan outdoor movie dikuti dengan pertunjukkan bunga api. Kempen “Ulangtahun ke 10 Myvi” ialah sebahagian daripada inisiatif Perodua iaitu “Myvi, love of Nation” yang mana bermula pada bulan Disember 2014 dan akan berakhir pada bulan Disember 2015. Perodua Myvi adalah model perodua yang paling berjaya dan sukses dan setakat ini, 2 dalam setiap 10 kereta dijalanraya di Malaysia adalah Myvi.

MYVIedit-4

 

 

Previous post

Kilang Mercedes-Benz Berlin Bakal Jadi Lokasi Komponen Berteknologi Tinggi Dalam Mengurangkan CO2

Next post

Mazda Menghasilkan Model CX-5 Yang Ke Sejuta

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *