Cerita Auto

Chevrolet Bawa Pembaharuan Baharu pada Corvette Edisi Z06 C7.R

Hari ini Chevrolet memperkenalkan Edisi Corvette Z06 C7.R – sebagai penghormatan kepada kereta lumba Corvette Racing C7.R yang mampu di atas jalan mahupun di litar lumba.  Ianya ditawarkan dalam dua warna iaitu warna resmi, kuning atau hitam dengan citarasa dalama dan luaran yang dikoordinasikan.

Z06C7R-4

Cuma 500 contoh Edisi C7.R akan dibina dan kesemuanya akan diberikan pakej Prestasi  Z07 dengan brek karbon seramik, serta nombor pengenalan kenderaan yang bersiri khas.

Z06C7R-5

Pakej Prestasi Z07 termasuk rotor brek karbon seramik-matrix Brembo yang meningkatkan prestasi membrek dan menyumbang kepada kawalan yang hebat melalui pengurangan berat un-sprung.  Pakej Z07 juga termasuk pelarasan bahagian depan dan belakang komponen aero untuk downforce aerodynamics yang belum pernah ada dan tayar Michelin Pilot Super Sport Cup 2 untuk peningkatan cengkaman.

Z06C7R-2

Pakej Prestasi Z07 meningkatkan prestasi keseluruhan untuk menjadikan Corvette Z06 antara kereta paling litar-mampu yang anda boleh beli terus di pengedar dan masih boleh memandu ke tempat kerja setiap hari.  Dengan enjin supercharged LT4, 650hp, teknologi aerodynamic downforce dan prestasi seperti Magnetic Ride Control, Performance Traction Management dan electronic limited slip differential, Edisi Corvette Z06 C7.R ini menawarkan keupayaan yang setanding dengan supercar.

Z06C7R-1

Tambahn terbaru untuk Corvette Z06 2016 termasuk kamera parkir depan curb view baharu, peningkatan MyLink connectivity dengan teknologi projection telefon pintar, power-cinching hatch/trunk latch, pakej rekaan baharu dan banyak lagi.

 

Previous post

Jualan Suku Pertama Perodua Melonjak 30% Tahun Ke Tahun

Next post

Peraturan Euro 6 Memaksa G-Class Guna Turbocharged

Ross Hadi

Ross Hadi

14 tahun bikin burger, 21 tahun mengacara, 8 tahun borak kereta dan kini ... berkongsi sama!

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>