Berita Auto

Jualan Suku Pertama Perodua Melonjak 30% Tahun Ke Tahun

Penjualan kereta  Perodua bagi suku pertama berakhir 31 Mac 2015 mencatatkan peningkatan jualan sebanyak 30% iaitu 57,200 unit berbanding 44,024 unit pada suku yang sama tahun lalu dipengaruhi oleh permintaan yang memberangsangkan bagi model masa kini. Perodua juga telah mencatatkan jualan bulanan yang tertinggi iaitu 22,500 unit pada bulan Mac.

Bagi rekod selepas jualan, Perodua melihat kepada peningkatan pendapatan sekitar 14% ke RM84 juta untuk suku pertama tahun 2015, berbanding RM73 juta pada tempoh yang sama pada tahun 2014. Peningkatan ini disumbangkan daripada perniagaan selepas jualan Perodua terutamanya perkhidmatan penyelengaraan kenderaan, minyak pelincir serta operasi body & paint. Manakala bagi alat ganti dan aksesori, Perodua telah mencatatkan peningkatan sebanyak 2% mencecah kepada RM61.8 juta pada suku pertama bagi tahun 2015 berbanding tempoh yang sama pada tahun lalu iaitu RM61 juta.

Perodua-Axia_2

“Jika tiada sebarang masalah, kami optimistik akan dapat mencapai sasaran jualan kami kepada 208,000 unit bagi tahun ini berikutan permintaan kukuh berterusan bagi model kami dan promosi yang lain.”

Pada tahun 2014, Perodua telah menjual sebanyak 195,600 kenderaan dan memperoleh pendapatan sebanyak RM303.4 juta bagi operasi selepas jualan termasuk RM243.7 juta bagi perniagaan alat ganti dan aksesori.

Perodua-myvi-1

 

 

Previous post

Audi EV SUV Cabar Tesla Range

Next post

Chevrolet Bawa Pembaharuan Baharu pada Corvette Edisi Z06 C7.R

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *