Cerita Auto

Peraturan Euro 6 Memaksa G-Class Guna Turbocharged

Wolf-Dieter Kurz, Timbalan Presiden Produk Group SUVs dan Sportcar di Mercedes-Benz memberitahu sumber bahawa model G500 mereka akan menerima enjin twin-turbocharged 4 liter V8 pada akhir tahun ini. Enjin baharu ini akan menggantikan enjin 387 PS 5.5-liter V8 yang kurang efisyen yang ada pada model G500 yang ada sekarang.  Unit baharu ini akan dikongsi antara AMG GT dan C63.

G500-1

Pilihan enjin ini bukan saru perkara baru, kerana G500 4×4² sudah pun didedahkan Geneva Motor Show baru baru ini.  Penggunaan enjin turbocharged dimestikan mengikut syarat emisi yang ketat terhadap Mercedes di Negara sendiri.  Di Eropah, permohonan peraturan Euro 6 yang masih berjalan akan memaksa pembuat kereta mencari jalan lain menjual kereta mereka dengan enjin yang lebih efisyen, dan sistem turbo moden ini nampaknya mampu memberikan penyelesaian yang paling kos-efektif.

Dijangkakan maklumat penting tentang G500 bakal tiba, kerana terdapat khabar angin mengatakan model 2017 ini lebih ringan, lebar dan membawa perubahan mekanikal kepada kenderaan off-road yang mewah.

G500-2

Previous post

Chevrolet Bawa Pembaharuan Baharu pada Corvette Edisi Z06 C7.R

Next post

BMW 225d Terima Enjin Diesel 2 Liter Yang Diperbaharui

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio. 8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio. Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *