Daihatsu Malaysia Perkenal Harga Baharu dan Promosi Raya
Daihatsu (Malaysia) Sdn. Bhd. telah mengumumkan senarai harga terkini bagi semua model Daihatsu, selari dengan pelaksanaan kadar sifar cukai barangan dan perkhidmatan (GST) bermula 1 Jun 2018. Harga baharu ini menyaksikan penjimatan dari RM3,597 hingga RM5,337 bagi varian pikap Gran Max, dan penjimatan dari RM3,710 hingga RM4,610 bagi varian panel van Gran …
BHPetrol Raikan Anak Yatim Al-Nasuha
Bersempena bulan Ramadhan Al-Mubarak, Boustead Petroleum Marketing Sdn Bhd (BHPetrol) baru–baru ini telah mengadakan jamuan berbuka puasa bersama anak-anak yatim di Rumah Pertubuhan Kebajikan Anak-anak Yatim Al-Nasuha di Batu Caves, Kuala Lumpur. Seramai 85 orang anak yatim diraikan untuk berbuka puasa bersama-sama dengan pengusaha-pengusaha stesen minyak BHPetrol di Wilayah Tengah Kuala …
Volkswagen Golf R 3-Pintu Dibuka Untuk Tempahan
Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) telah membuka tempahan untuk model yang dinanti-nantikan iaitu Volkswagen Golf R tiga-pintu. Mereka yang berminat harus segera membuat tempahan kerana ia ditawarkan hanya dalam 10 unit dengan harga bermula dari RM268,888, RM10,000 lebih murah berbanding Golf R lima-pintu. Hot hatch ini menggunakan rangkaian kuasa yang …
Audi Q8 Tampil Gabungan Coupe dan SUV
Audi akhirnya telah memperkenalkan Q8, SUV coupe empat pintu yang akan bersaing dengan BMW X6 dan Mercedes-Benz GLE Coupe. Ia akan memasuki pasaran Eropah bermula suku ketiga tahun ini. Q8 mempunyai ukuran panjang 4.99 meter panjang, 2.00 meter lebar dan 1.71 meter tinggi, menjadikannya lebih lebar namun lebih pendek dan …
SYM Sport Rider 125i Kini Dengan Grafik Baharu
SYM Malaysia telah memperkenalkan Sport Rider 125i 2018 dengan rekaan grafik baharu yang lebih segar. Ia kini boleh didapati dalam tiga warna iaitu merah, biru dan kuning. Sport Rider 125i dikuasakan oleh enjin 123 cc SOHC dua silinder yang mampu menjana 9.5 hp pada 8,000 rpm dan 10.8 Nm tork pada 5,500 rpm. Dipadankan …
Tawaran Istimewa Hari Raya dari Weststar Maxus
Weststar Maxus, pengedar tunggal rangkaian kenderaan Maxus di Malaysia, mengumumkan pelbagai tawaran menarik untuk mereka yang sedang mencari kenderaan keluarga serba mewah sehingga 31 Julai 2018. Sempena dengan sambutan Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri, Weststar Maxus menawarkan peluang kepada pelanggan untuk menukar MPV milik mereka dengan sebuah Maxus G10 serba …
UMW Toyota Motor Sokong Usaha Kerajaan Malaysia Tangani Isu Beg Udara Takata
Pengedar kenderaan Toyota dan Lexus di Malaysia, UMW Toyota Motor (UMWT) mengumumkan sokongannya terhadap kesungguhan kerajaan dalam mengendalikan isu penggantian beg udara Takata. Menteri Pengangkutan, Anthony Loke baru-baru ini mengarahkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) supaya tidak membenarkan pembaharuan cukai jalan bagi kenderaan yang masih belum menggantikan modul beg udara yang terjejas. Penggantian …
BMW Z4 Jalani Ujian di Perancis
BMW secara rasminya telah mengeluarkan beberapa gambar teaser kereta sportnya yang akan datang iaitu Z4. Model dua tempat duduk yang masih memakai pelekat penyamaran itu kini sedang menjalani ujian di Miramas, Perancis. Menurut BMW, model yang diuji ini merupakan varian M40i yang besar kemungkinan adalah varian tertinggi. Ia didatangkan dengan senarai …
Audi RS3 Terima Nadi Kuasa Formula E
Sekali imbas, jentera ini nampak seperti sebuah Audi RS3 yang telah dimodifikasi. Ia sebenarnya lebih dari itu kerana ia merupakan sebuah kereta konsep elektrik sepenuhnya yang dibangunkan oleh penaja utama pasukan Audi Sport dalam kejohanan Formula E iaitu Schaeffler. Menurut Audi, jentera yang dikenali sebagai 4ePerformance ini merupakan contoh terbaik bagaimana …
Lego Perkenal Set Bugatti Chiron
Dengan harga kira-kira USD3 juta, Bugatti Chiron adalah sesuatu yang hanya boleh dimiliki oleh golongan yang betul-betul berharta. Bagaimanapun, mereka yang meminati masih boleh memiliki hypercar Perancis itu dalam bentuk Lego yang dijual pada harga yang lebih ‘mampu milik’ iaitu USD349.99 atau RM1,999.90 setiap set. Model replika berskala 1/8 ini merupakan salah …