Motosikal / Lain Lain Roda

SYM Sport Rider 125i Kini Dengan Grafik Baharu

SYM Malaysia telah memperkenalkan Sport Rider 125i 2018 dengan rekaan grafik baharu yang lebih segar. Ia kini boleh didapati dalam tiga warna iaitu merah, biru dan kuning.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Sport Rider 125i dikuasakan oleh enjin 123 cc SOHC dua silinder yang mampu menjana 9.5 hp pada 8,000 rpm dan 10.8 Nm tork pada 5,500 rpm. Dipadankan dengan transmisi empat kelajuan, enjin tersebut juga dilengkapi dengan teknologi suntikan bahan api serta mematuhi piawaian pelepasan Euro 3.

Yellow

Selain reka bentuk agresif, model ini turut dilengkapi dengan lampu LED, paparan meter LCD dan analog dan tangki minyak berkapasiti 4.2 liter. Ia didatangkan dengan tempat duduk yang berasingan untuk penunggang dan pembonceng, serta ruang penyimpanan di bawah tempat duduk.

Red

System brek hidraulik depan dan gelendong (drum) belakang mampu menghentikan jentera seberat 107kg ini dengan mudah. Suspensi jenis teleskopik hadapan dan lengan buai (swingarm) di belakang memberi kestabilan ketika menunggang di jalan raya.

Blue

Harga bagi Sport Rider 125i baharu ini adalah RM5,542.20 (harga asas tanpa GST, insurans dan cukai jalan). Model ini boleh didapati di semua pengedar-pengedar sah SYM di seluruh negara.

Previous post

Tawaran Istimewa Hari Raya dari Weststar Maxus

Next post

KLIMS'18 Menuju Ke Arah Malaysia Bersih Dengan Memberi Tumpuan Kepada Kereta Elektrik

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *