Berita Auto

Tawaran Istimewa Hari Raya dari Weststar Maxus

Weststar Maxus, pengedar tunggal rangkaian kenderaan Maxus di Malaysia, mengumumkan pelbagai tawaran menarik untuk mereka yang sedang mencari kenderaan keluarga serba mewah sehingga 31 Julai 2018.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Sempena dengan sambutan Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri, Weststar Maxus menawarkan peluang kepada pelanggan untuk menukar MPV milik mereka dengan sebuah Maxus G10 serba baharu di semua cawangan Weststar Maxus di seluruh negara.

Sebagai tambahan, pelanggan yang membeli Maxus G10 baharu turut akan mendapat jaminan selama lima tahun (sehingga 120,000 km) serta dua tahun servis percuma termasuk upah dan alat ganti.

Maxus G10 SE Launch 10

Weststar Maxus telah membuka dua bilik pameran 3S baharu di Plentong, Johor Bahru dan Bukit Mertajam, Pulau Pinang untuk memberikan khidmat kepada pelanggan-pelanggannya di Selatan dan Utara tanah air.

Untuk bahagian Tengah pula, pusat alat ganti Weststar Maxus yang terletak di Klang beroperasi selama 12 jam setiap hari bagi memastikan perkhidmatan servis berjalan dengan lancar. Selain itu, terdapat juga dua bilik pameran baharu yang telah dibuka di Bangsar dan Kota Bharu.

WhatsApp Image 2018-06-04 at 7.15.51 PM

Weststar Maxus juga telah melantik keluarga selebriti iaitu Awal Ashaari, Scha Alyahya dan Lara Alana sebagai duta jenama Maxus G10 untuk memacu aktiviti pemasarannya. Trio yang dikenali sebagai ‘Schawalara’ itu akan berkongsi pengalaman menaiki Maxus G10 bersama dengan pengikut media sosial mereka, selain tampil dalam siri video serta kempen pengiklanan yang akan datang.

 

Previous post

Ketua Pegawai Eksekutif Baharu Lotus - Encik Feng Qingfeng

Next post

SYM Sport Rider 125i Kini Dengan Grafik Baharu

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *