Berita Auto

Audi Q8 Tampil Gabungan Coupe dan SUV

Audi akhirnya telah memperkenalkan Q8, SUV coupe empat pintu yang akan bersaing dengan BMW X6 dan Mercedes-Benz GLE Coupe. Ia akan memasuki pasaran Eropah bermula suku ketiga tahun ini.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Q8 mempunyai ukuran panjang 4.99 meter panjang, 2.00 meter lebar dan 1.71 meter tinggi, menjadikannya lebih lebar namun lebih pendek dan rendah berbanding Q7. Ia mempunyai jarak roda (wheelbase) yang berukuran hampir tiga meter, memberikannya ruang kabin yang luas. Bahagian belakang menampilkan tiga tempat duduk yang boleh dilaraskan mengikut kesesuaian. Jika kerusi tersebut dilipat sepenuhnya, kapasiti ruang bagasi Q8 boleh mencecah sehingga 1,755 liter.

audi-q8-vista-da-vicino (3)

Q8 membawa konsep reka bentuk baharu yang belum pernah dilihat pada mana-mana model Q sebelum ini. Di hadapan, jeriji ‘singleframe’ dipadankan dengan lampu LED (lampu HD Matrix LED turut ditawarkan) dan kemasan hitam dibawahnya manakala jalur LED menjadi penghubung antara kedua-dua lampu belakang.

audi-q8-vista-da-vicino (2)

Perwatakan Q8 lebih menyerlah jika dilihat dari bahagian sisi, di mana garis bumbungnya yang condong ke bawah menghasilkan imej seakan-akan kereta coupe sebenar. Ini dipadankan dengan rim bersaiz sehingga 22 inci.

audi-q8-vista-da-vicino (4)

Bahagian dalamannya pula tidak jauh berbeza dengan A8, dengan paparan Virtual Cockpit di hadapan pemandu dan dua skrin sentuh pada konsol tengah. Paparan di atas yang bersaiz 10.1 inci digunakan untuk mengawal navigasi dan infotainment manakala paparan di bawah yang bersaiz 8.6 inci adalah untuk kawalan pendingin hawa.

audi-q8-vista-da-vicino (5)

Audi masih belum mendedahkan rangkaian enjin bagi Q8 berdasarkan gambar yang disediakan, salah satunya adalah unit TDI V6. Semua varian akan menampilkan teknologi mild hybrid 48 volt yang merangkumi pek bateri lithium ion dan alternator starter. Semasa membrek, sistem tersebut boleh menghasilkan kuasa sehingga 12 kW yang akan disalurkan semula ke bateri. Sistem ini juga membolehkan Q8 dipandu tanpa enjin (coasting) pada kelajuan bermula dari 22 km/j.

audi-q8-vista-da-vicino (6)

Menurut Audi, Q8 mampu menghadapi cabaran jalan tidak rata dengan jarak lega tanah (ground clearance) 254 mm, ‘overhang’ yang pendek serta ciri Hill Descent Control. Ia mempunyai sistem suspensi dengan kawalan peredam standard, namun pelanggan juga boleh mendapatkan sistem suspensi udara adaptif yang boleh menaikkan atau menurunkan ketinggian kenderaan sebanyak 90 mm.

audi-q8-vista-da-vicino (1)

Selain itu, Audi turut menawarkan ciri ‘all wheel steering’ yang mampu mengubah sudut tayar belakang sehingga 5 darjah bagi menghasilkan pemanduan lebih lincah pada kelajuan rendah dan kestabilan pada kelajuan tinggi.

Previous post

Jualan Volvo Cars' Global Meningkat Sebanyak 13.3% Pada Bulan Mei

Next post

Kompaun RM300 Jika Tidak Tukar Beg Udara Bermasalah Takata

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *