Berita Auto

BMW Z4 Jalani Ujian di Perancis

BMW secara rasminya telah mengeluarkan beberapa gambar teaser kereta sportnya yang akan datang iaitu Z4. Model dua tempat duduk yang masih memakai pelekat penyamaran itu kini sedang menjalani ujian di Miramas, Perancis.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Menurut BMW, model yang diuji ini merupakan varian M40i yang besar kemungkinan adalah varian tertinggi. Ia didatangkan dengan senarai kelengkapan yang cukup menggiurkan seperti enjin enam silinder sebaris, suspensi sport yang rendah dengan peredam elektronik, gandar hadapan baharu, serta rim aloi ringan berlainan saiz yang dipadankan dengan sistem brek M Sport.

2019-bmw-z4-teaser (5)

Selain itu, Z4 M40i juga didatangkan dengan differential belakang dengan ciri kunci kawalan elektronik bagi memastikan prestasi pengendalian yang terbaik dalam segmen roadster.

2019-bmw-z4-teaser (4)

Seperti litar Nürburgring-Nordschleife, pusat ujian Miramas menawarkan keadaan yang sempurna untuk mengasah kemampuan dinamik Z4. Litar ini telah digunakan oleh BMW untuk membangunkan serta menguji model-model baru sejak lebih 30 tahun lalu. Ia mempunyai litar bujur dan lingkaran lebuh raya, selain sektor slalom dan litar dengan pelbagai jenis permukaan.

2019-bmw-z4-teaser (1)

BMW turut mengatakan proses ujian yang rumit ini menunjukkan bahawa Z4 baharu akan menampilkan peningkatan dari segi pengendalian serta pecutan, tanpa menjejaskan aspek keselesaan.

Previous post

Audi RS3 Terima Nadi Kuasa Formula E

Next post

UMW Toyota Motor Sokong Usaha Kerajaan Malaysia Tangani Isu Beg Udara Takata

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *