Berita Auto

Audi RS3 Terima Nadi Kuasa Formula E

Sekali imbas, jentera ini nampak seperti sebuah Audi RS3 yang telah dimodifikasi. Ia sebenarnya lebih dari itu kerana ia merupakan sebuah kereta konsep elektrik sepenuhnya yang dibangunkan oleh penaja utama pasukan Audi Sport dalam kejohanan Formula E iaitu Schaeffler.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Menurut Audi, jentera yang dikenali sebagai 4ePerformance ini merupakan contoh terbaik bagaimana teknologi perlumbaan dipindahkan ke kereta produksi. Ia dikuasakan oleh empat motor elektrik daripada jentera ABT Schaeffler FE01 yang digunakan dalam kejohanan Formula E.

audi-rs3-schaeffler-4eperformance (1)

Gabungan keempat-empat motor elektrik tersebut menghasilkan kuasa keseluruhan sebanyak 1,180 hp, membolehkan sedan tersebut memecut dari 0 hingga 200 km/h dalam kurang dari tujuh saat. Setiap motor dihubungkan secara langsung dengan roda menerusi unit gear pemacu manakala setiap gandar dilengkapi dengan sebuah kotak gear.

Susun atur ini membolehkan pembahagian tork atau ‘torque vectoring’ dilakukan secara individu bagi setiap tayar. Kuasa bagi motor-motor elektrik tersebut pula dibekalkan oleh dua unit bateri dengan kapasiti keseluruhan sebanyak 64 kWj.

audi-rs3-schaeffler-4eperformance (2)

4ePerformance merupakan cetusan idea pelumba Formula E Lucas di Grassi dan Peter Gutzmer daripada Schaeffler. Ia tidak akan digunakan bagi tujuan perlumbaan, sebaliknya akan menjadi ‘makmal ujian’ bagi syarikat itu untuk menguji pelbagai teknologi yang berkaitan.

 

Previous post

Fikir Dulu Sebelum Membeli ... Walaupun Dengan 0% GST

Next post

BMW Z4 Jalani Ujian di Perancis

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *