Gaya Hidup

Lego Perkenal Set Bugatti Chiron

Dengan harga kira-kira USD3 juta, Bugatti Chiron adalah sesuatu yang hanya boleh dimiliki oleh golongan yang betul-betul berharta. Bagaimanapun, mereka yang meminati masih boleh memiliki hypercar Perancis itu dalam bentuk Lego yang dijual pada harga yang lebih ‘mampu milik’ iaitu USD349.99 atau RM1,999.90 setiap set.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Model replika berskala 1/8 ini merupakan salah satu set paling besar yang pernah dihasilkan oleh Lego Technic dengan 3,599 ketulan, iaitu hampir 1,000 lebih banyak berbanding set Porsche 911 GT3 yang dilancarkan dua tahun lalu. Apabila siap dipasang, model ini berukuran 14 cm tinggi, 56 cm panjang dan 25 cm lebar.

bugatti-chiron-lego (1)

Apa yang lebih menarik, ia juga dilengkapi dengan beberapa bahagian yang boleh bergerak seperti spoiler belakang (dengan ‘speed key’ yang boleh mengubah kedudukan), paddle shifter pada bahagian dalam serta omboh pada enjin W16 model ini. Antara perincian menarik yang sama seperti jentera sebenar adalah rim 10 batang, stereng dengan logo Bugatti serta beg yang terletak di bawah hud.

bugatti-chiron-lego (3)

Setiap set Bugatti Chiron Lego Technic didatangkan dengan nombor siri unik yang tersendiri, selain dari kotak eksklusif dan buku panduan pemasangan. Ia boleh didapati di pasaran bermula Jun 2018.

bugatti-chiron-lego (2)

Previous post

UMW Toyota Lancar Kempen Promosi Hari Raya

Next post

Tayar Hanya Untuk Peminat Manchester United? Memang Ada Dan Juga Sesuai Untuk Rims Anda

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *