Hibrid, Elektrik, Hidrogen

Mobiliti Bandar Masa Depan: Persembahan Perdana smart #1

smart Malaysia Mengubah Pandangan Terhadap Mobiliti Elektrik, Memperkenalkan Model Elektrik Penuh smart #1 yang Canggih dan Eksklusif dalam Ekspo Kenderaan Elektrik (EVx) 2023

Sejarah baru telah tercipta pada hari Sabtu, 22 Julai 2023 di Shah Alam, apabila smart Malaysia membuat penampilan sulung dalam Ekspo Kenderaan Elektrik (EVx) 2023 dengan model elektrik penuh mereka yang amat dinanti-nantikan, smart #1.

Acara yang berlangsung di Pusat Konvensyen Setia City ini adalah sebahagian daripada era baru dalam mobiliti bandar yang mampan. Dengan desain yang diilhami oleh Mercedes-Benz dan teknologi terkini, smart #1 telah dianggap sebagai tonggak baru dalam sektor kenderaan elektrik di Malaysia.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif smart Malaysia, Zhang Qiang, pasukan mereka telah mencapai kemajuan yang signifikan dalam memperkenalkan model smart di Malaysia dan yakin pasaran tempatan akan menyambut baik model elektrik penuh smart yang menawarkan mobiliti bandar premium dengan pengalaman yang unik.

Pengunjung EVx 2023 berpeluang untuk berinteraksi secara langsung bersama pakar produk smart, dan melihat secara dekat reka bentuk berevolusi smart #1, termasuk bumbung halo panoramik terapung, pemegang pintu tersembunyi, pintu tanpa bingkai, dan lampu belakang CyberSparksLED+ Matrix Adaptive LED.

Mengenai persediaan untuk pelancaran EV tidak lama lagi, smart Malaysia telah mencapai kemajuan penting dalam mewujudkan ekosistem yang komprehensif, termasuk penentuan sepuluh pengedar di seluruh wilayah utama Malaysia seperti Kuala Lumpur, Selangor, Johor, Pulau Pinang, Perak, Kedah dan Melaka. Di samping itu, kerjasama strategik juga telah diwujudkan dengan penyedia perkhidmatan pengecasan EV tempatan untuk memastikan akses lebih meluas terhadap pengecas pantas arus terus (DC) kepada pengguna.

Pasukan smart Malaysia juga telah menjalankan ujian berterusan pada kenderaan untuk memastikan penyesuaian yang lancar dengan keadaan jalan raya di Malaysia. Aplikasi mudah alih yang mesra pengguna juga telah dibangunkan, dengan menyediakan ciri-ciri seperti pemantauan jarak jauh, lokasi stesen pengecasan, dan peringatan penyelenggaraan, memberi jaminan ketersambungan yang lancar dan pengalaman pengguna yang luar biasa.

Sekarang, smart Malaysia dengan bangga mengumumkan bahawa penantian untuk memiliki smart #1 akan berakhir apabila ia dilancarkan secara rasmi di Malaysia pada suku keempat tahun ini. e-Brosur smart #1 kini tersedia dan jika anda berminat untuk mendaftar, anda boleh melayari laman web smart Malaysia.

Akhir kata , persembahan sulung smart #1 di EVx 2023 menandakan permulaan baru dalam dunia mobiliti elektrik di Malaysia. Melalui kerjasama strategik dan inovasi teknologi, smart Malaysia berusaha untuk menjadi peneraju penyelesaian automotif ekosistem tenaga baharu di Malaysia dan memberikan pengalaman pelanggan yang luar biasa serta kecemerlangan automotif premium kepada pasaran Malaysia.

Previous post

Hyundai IONIQ 6, Kereta Elektrik Dunia Tahun 2023 Dilancarkan di Malaysia

Next post

Mercedes-AMG GLC 43 & 63 Baharu dengan Mesin 4 Silinder Bertenaga Elektrik

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *