Anugerah / VOTY / Pameran Motor

Art of Speed Malaysia 2023 “Raikan Beza Mu” Dibawakan BRO ASIA

Art Of Speed 2023 berkembang maju dengan lebih banyak dewan & aktiviti.

Dengan sambutan yang luar biasa dari pengunjung pada tahun 2022, Art of Speed kembali untuk tahun 2023 – lebih besar dan lebih baik dari sebelumnya! Tahun ini, acara Kustom & Counter Culture terulung Malaysia mengambil tempat di Malaysia Agro Exposition Park, Serdang (MAEPS) –

Ruang tertutup seluas 350,000 kaki persegi, ruang luar seluas 8.6 ekar – mengambil alih setiap dewan acara dengan menampilkan lebih banyak aktiviti demi memuaskan hati peminat dan pengunjung. MAEPS akan menganjurkan Art of Speed 2023 (AOS 2023) pada 29 Julai 2023 (10:00 pagi – 7:00 malam) dan 30 Julai 2023 (10:00 pagi – 7:00 malam).

AOS 2023 mengalukan tetamu komuniti kustom dan juga media antarabangsa seperti:

  1. Shige Suganuma, Emi Suganuma, “Sunny” Yano & Michi “NATQQ” dari MOONEYES; Jepun 
  2. Cycle Zombies; Amerika Syarikat
  3. V-Twin Visionary; Amerika Syarikat
  4. Wild Road Choppers; Jepun
  5. Cosmic Chopper City; Jepun
  6. Geoff dari Return of Cafe Racer; Amerika Syarikat
  7. Dino Dalle Carbonare dari Speedhunters.com; Jepun
  8. Side Yakotani; Jepun
  9. Hopping Shower; Jepun
  10. Boopin; Jepun
  11. Ken Flat Top; Jepun
  12. Jetwrench_artstudio; Jepun
  13. Vondutch; Indonesia
  14. Ya Seat; Thailand

Sorotan khas AOS 2023 bakal merangkumi:

  1. Terbaharu Untuk 2023! – Outdoor ThunderCircus “Brotherhood Rally” – kawasan terbuka yang dikhaskan sepenuhnya untuk penunggang dan peminat motosikal. Sorotan untuk ThunderCircus termasuk pertunjukan aksi motosikal yang dipersembahkan oleh penunggang profesional, serta tunggangan mega dan perhimpunan pelbagai kumpulan motosikal dari seluruh Malaysia dan dari sekitar rantau ini.
  2. Terbaharu Untuk 2023! Pada 2023, Dewan B akan diambil alih oleh Hot Wheels Collector Convention Rasmi Pertama di rantau Asia Tenggara. Pengunjung bakal menikmati lebih banyak lagi aktiviti Hot Wheels, paparan diorama – yang merangkumi Pameran Hot Wheels Rare & Collectibles, Hot Wheels Skate School, Hot Wheels Swap Buy & Sell, dan banyak lagi. Peminat Hot Wheels juga bakal bertemu dan mengalukan kedatangan pereka Hot Wheels terkenal dari Amerika Syarikat. Dan menariknya, percubaan memecahkan rekod untuk pembuatan Hot Wheels terbesar di Malaysia turut diadakan. Untuk memperingati ulang tahun ke-40 Hot Wheels di Malaysia, Mattel akan bekerjasama dengan jenama automotif nasional ikonik negara iaitu PROTON untuk mencipta sebuah kenderaan Hot Wheels – Proton Saga yang pertama. Bersempena dengan peristiwa bersejarah ini, Mattel menjemput semua kanak-kanak di Malaysia datang melatih kreativiti mereka untuk menyertai Hot Wheels x PROTON Kids Design Competition. Reka bentuk yang menjadi pemenang akan diperingati melalui kad ‘blister’ Proton Saga ‘edisi khas’ dan akan dijual di seluruh negara di Malaysia pada awal 2024 nanti!
  3. Terbaharu Untuk 2023! Hot Wheels Legends Tour bakal membuat debut di AOS 2023. Pada tahun ini, pertandingan rasmi di Malaysia akan diadakan pada hari Ahad ketika berlangsungnya AOS 2023, menampilkan juri-juri tempatan dan antarabangsa untuk memilih johan yang akan mewakili Malaysia di pentas dunia. Pendaftaran untuk Jelajah Hot Wheels Legends akan diadakan di AOS 2023.
  4. Kerjasama dengan NoEqual.co akan menampilkan Pesta NEAT di Dewan C, menampilkan paparan kolektif kereta bermodifikasi yang dipilih dari seluruh Malaysia.
  5. Perkhemahan dan gaya hidup outdoor Off The Grid kembali ke Dewan C untuk 2023 – menampilkan menampilkan “gaya hidup outdoor” yang diadakan di ruangan tertutup dengan keselesaan hawa dingin serta banyak lagi aktiviti di atas dan luar pentas untuk dinikmati seisi keluarga.
  6. Hail Vintage kembali untuk AOS 2023 dan akan diadakan di Dewan D, mempamerkan pelbagai jenis koleksi vintaj. Vendor pakar akan dijemput bukan sahaja untuk menjual tetapi juga mempamerkan koleksi mereka. Tema tahun ini ialah MUZIK dan menampilkan koleksi muzik, barangan dan memorabilia yang paling jarang ditemui.
  7. Qhalis Najmi dari NoEqual.co akan menjadi hos pada tahun ini untuk acara Kustom & Koffee Talk tahunan di Dewan A pada pukul 3.30 petang pada hari Sabtu, bersama-sama dengan ahli panel dari luar negara. Forum ini akan membincangkan trend terkini dalam industri pengayuhan basikal dan automobil.
  8. Show & Shine juga kembali di Dewan A, menampilkan kereta-kereta yang telah diubah suai dan motosikal bermodifikasi terbaik dengan peluang memenangi Best of Show iaitu lawatan ke The 31st Annual Yokohama Hot Rod Custom Show yang akan diadakan pada Disember 2023 nanti.

Aktiviti tambahan AOS 2023 merangkumi:

  • Roda Rumble 2023 – Two Wheels Gathering & Outdoor Festival yang anjurkan oleh Retro Mania
  • La Cultura – Malaysia’s Chicano Culture Appreciation Gathering, merangkumi persembahan fesyen gaya Cholo dan Chicano, persembahan Tarian dan DJ, dan lain-lain lagi.
  • Streetware Con – pelbagai vendor fesyen streetwear di Dewan D
  • Pinup Pageant oleh Cherrybomb Pinup Parlour
  • Vendor makanan Food Park dengan kawasan berbumbung untuk laluan ke Food & Beverage basement/underground di tingkat DG 
  • Automotive Flea Market
  • Pelancaran produk di pentas
  • Test Ride Zone untuk motosikal (Ducati, Royal Alloy, Italjet, Royal Enfield, Vespa, Aprilia, Triumph, Harley-Davidson dan lain-lain)

Turut kembali ke AOS 2023 tahun ini adalah SoundCircus Festival yang ditunggu-tunggu. Barisan persembahan untuk SoundCircus Festival* akan diumumkan tidak lama lagi.

Acara *SoundCircus Festival hanyalah untuk mereka yang berumur 16 tahun ke atas SAHAJA!

Untuk menamatkan acara pada hari Ahad nanti, seorang (1) pemenang yang memegang tiket bertuah bakal membawa pulang sebuah Toyota Celica 1979 bermodifikasi dengan ‘air-ride suspension’ oleh Art of Speed Malaysia (AOSM).

Sememangnya, terdapat banyak lagi yang boleh dialami oleh seseorang di acara Art Of Speed 2023. Lawati laman web acara mereka yang dipautkan di sini dan lihatlah sendiri.

Previous post

Pandangan Pertama Model KIA Sportage 2022

Next post

SUV Kompak Tata Nexon Mungkin Penyelamat Jenama Di Malaysia

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *