Gaya Hidup

Art Of Speed Kembali Untuk Tahun 2022!

Selepas dua tahun menyepi akibat pandemik COVID-19, Art of Speed kembali untuk tahun 2022. Kini masuk tahun ke-10, acara ‘Kustom & Counter Culture’ ini bakal diadakan di Malaysia Agro Exposition Park (MAEPS), Serdang pada 2 dan 3 Julai 2022, dari 10.30 pagi hingga 8.00 malam.

Art of Speed Malaysia (AOSM) disokong oleh Tourism Malaysia di bawah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) melalui Pelan Pemulihan Pelancongan 2022 yang dilancarkan baru-baru ini.

Acara tahun ini akan menyaksikan kemunculan tetamu luar negara dari komuniti kustom dan juga media antarabangsa seperti berikut:

  1. Emi Suganuma, “Sunny” Yano & Michi “NATQQ” dari MOONEYES; Jepun
  2. Scott Johnson dari Mama Tried Motorcycle Show; Amerika Syarikat
  3. Warren Heir Jr. dari Flat Out Friday; Amerika Syarikat
  4. Yaniv Evans dari Powerplant Motorcycles; Amerika Syarikat
  5. Artis Chopper dan Kustom; Russell Murchie “MOW” dari Australia
  6. Dino Dalle Carbonare dari Speedhunters.com; Jepun
  7. Yasuo Sekijima dan Satoru Ise dari Vibes Magazine; Jepun
  8. Artis pinstripe Mil dari Millart, Irvine Jasta dan Fahmi Freeflow; Indonesia
  9. Aekalak Kitdusitpong pembuat model skala diecast dari AKARA; Thailand

Selain itu, Art of Speed 2022 (AOS 2022) juga akan menyajikan pelbagai acara dan aktiviti-aktiviti menarik seperti Art of Speed Invitational Bike Build Off, Hot Wheels Legends Tour, NEAT Fest oleh NoEqual.co, pertunjukan pakaian vintaj Hail Vintage, Off The Grid, Kustom & Koffee Talk dan pelbagai lagi.

Turut kembali untuk AOS 2022 adalah Festival Sound Circus yang akan menampilkan Hujan sebagai persembahan utama dengan band-band lain seperti Sekumpulan Orang Gila, SweetAss, Iqbal M., Balok People dan ramai lagi.

Sebagai penamat acara, cabutan bertuah akan diadakan pada hari Ahad, di mana dua pemenang bertuah ini akan membawa pulang satu unit Skuter Vespa Klasik EV yang telah direstorasi oleh Kluk Klek Soul dan diubah suai oleh Elders Elettrico, dan seorang lagi pelanggan Hausboom akan memenangi sebuah Vespa Klasik EV yang diubah suai khas oleh Hausboom.

AOS 2022 akan memperkenalkan tiket Speed Lane yang berharga RM55 dan sah untuk dua hari. Pemegang tiket ini boleh memasuki dewan sejam lebih awal iaitu pada pukul 9.30 pagi. Tiket hujung minggu biasa (tanpa konsert Sound Circus) berharga hanya RM35 sahaja. Kanak-kanak di bawah 12 tahun serta pemegang pas OKU dibenarkan masuk secara percuma.

Sementara itu, tiket Festival Sound Circus (outdoor) telah habis dijual, tetapi tiket kombo Festival Sound Circus + Tiket Hujung Minggu masih lagi dijual di dalam talian di sini.

Previous post

Hanya 5 Model Pagani Huayra Codalunga Akan Dibina Dengan Harga 7 Juta Euro Setiap Satu

Next post

Pengecualian SST Kenderaan Baharu Tidak Dilanjutkan

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *