KeselamatanUncategorized

Denso Meluaskan Sudut Pandangan Sensor Beberapa Model Subaru

Pandangan yang lebih luas ini akan membantu mengesan penunggang basikal dan pejalan kaki dengan lebih baik.

ACNNewswire telah melaporkan bahawa Denso Corporation mengumumkan bahawa mereka telah mengembangkan sudut pengesanan penderia penglihatan mereka untuk Subaru Legacy Outback (Amerika Utara) dan Subaru Crosstrek (Jepun) serba baharu untuk meningkatkan keupayaannya mengesan penunggang basikal dan pejalan kaki di sekitar kenderaan. Artikel penuh mereka dipautkan di sini.

Bukan rahsia lagi bahawa terdapat banyak kemalangan setiap tahun yang disebabkan oleh penunggang basikal dan pejalan kaki secara tiba-tiba melintas dihadapan dari tepi. Jenis kemalangan ini menyumbang 30 peratus daripada semua kemalangan jalan raya di Jepun dan 70 peratus daripadanya melibatkan kanak-kanak di bawah umur 12 tahun.

Denso memandang serius isu ini dan selaras dengan keperluan Euro-NCAP, telah mengembangkan sudut pengesanan pada penderia penglihatan pada kamera pengesanan mereka kepada 128 darjah. Ini membolehkan untuk mengesan basikal melintasi jalan pada kelajuan rendah dengan lebih mudah dan mematuhi syarat penilaian yang ditetapkan oleh Euro-NCAP.

Ini bermakna penderia akan membantu mencegah kemalangan di persimpangan dan bahagian lain jalan yang boleh dilalui oleh motosikal, basikal dan pejalan kaki. Walau bagaimanapun, sudut pengesanan yang lebih luas juga bermakna bahawa sensor kini akan mengesan lebih banyak objek termasuk objek tidak berbahaya.

Ini menjadikannya penting untuk sensor untuk dapat membezakan antara apa yang berbahaya dan apa yang tidak. Sebagai contoh, jika penunggang basikal hendak melintasi jalan raya dan dikesan oleh sensor tetapi kemudian berhenti sebelum melintas hadapan kereta, maka kereta itu boleh terus bergerak ke hadapan dan tidak menyebabkan perlanggaran.

Subaru Denso Vision Sensor 1.0

Walau bagaimanapun, sekiranya kenderaan itu tidak mengesan bahawa penunggang basikal telah berhenti dan mengaktifkan brek kecemasan autonomi, maka pemanduan menjadi tidak menyenangkan bagi pemandu dan penumpang di dalam kereta sambil juga berpotensi menyebabkan kemalangan di belakangnya sekiranya pemandu tidak sempat bertindak balas dengan cepat.

Inilah sebabnya mengapa teknologi AI di belakang penderia ini perlu sentiasa dikemas kini untuk meminimumkan sebarang risiko kerosakkan atau tingkah laku berisiko kenderaan.

Ini adalah langkah yang bagus dan semoga semua di jalan raya selamat sempurna tidak kira sama ada anda berada di dalam kereta, berbasikal atau berjalan kaki.

Maklumat dan gambar, terima kasih kepada ACNNewswire.

Previous post

Honda Tempah EV e-Axzel Dari Hitachi Astemo

Next post

BAIC Metapace Edition Merupai Jawapan Off-Roader Mewah China

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *