Berita Auto

Proton Saga Sambut Ulang Tahunnya Yang Ke-37

Proton Saga, 37 Tahun Mengerakkan Rakyat Malaysia Merata Negara.

Ya, sudah tiga puluh tujuh tahun. Satu plat nama yang telah berkhidmat kepada jutaan rakyat Malaysia sebagai kereta baharu dan sebagai kereta terpakai.

Proton Saga adalah nama yang diketahui dan boleh dikenali oleh setiap rakyat Malaysia yang mempunyai kad pengenalan apabila ia lalu atau pun parkir.

Ini mungkin satu-satunya kereta di dunia yang telah menjadi buah catur dalam permainan politik. Hari ini, ia adalah kereta komuter yang memberi perkhidmatan kepada orang bujang, keluarga, pesara dan juga kegemaran pemandu ride haling.

37 tahun dan ia kini dipenuhi teknologi dan mempunyai ciri keselamatan untuk menyaingi kebanyakan jenama kereta di seluruh dunia. Saga berterusan!

Milestone Proton Saga. 9 Julai menandakan hari lahir kereta pertama Malaysia, Proton Saga. Dengan lebih daripada 37 tahun sejarah semasa berkhidmat kepada beribu-ribu pemilik bangga di Malaysia dan di luar negara, berikut ialah 9 fakta menarik tentang the Intelligent Proposition.

1. Tarikh pelancaran Proton Saga dipilih bertepatan dengan hari lahir Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr. Mahathir Mohamad, 9 Julai.

2. Nama “Saga” datang daripada pemenang “Peraduan Namakan Kereta Kebangsaan”, yang juga diberi maksud: Safety, Achievement, Greatness & Ability”.

3. Terdapat lebih dari 36 prototaip sebelum Proton Saga pertama diluluskan​.

4. Proton Saga termasuk dalam senarai kereta terlaris dalam sejarah Automotif Malaysia dengan menjual lebih 1.95 juta unit sejak 1985. ​

5. Jika 1.95 juta unit Proton Saga diletakkan dalam satu baris, ia boleh menjangkau jarak sejauh 8,000km​.

6. Proton Saga telah dieksport ke 28 negara di seluruh dunia dengan Bangladesh menjadi pasaran eksport pertama pada tahun 1986 dan United Kingdom kemudian, pada tahun 1989. ​

7. Proton Saga adalah model eksport paling popular dengan lebih 59,000 unit terjual.

8. Proton Saga juga telah menggondol lebih 22 Anugerah daripada pelbagai saluran media sejak 1988. Ini termasuk Anugerah ‘Compact Sedan Of The Year 2017 daripada DSF.my Vehicle Of The Year.

9. Tun Siti Asmah memandu kereta rasmi pertama, Proton Saga merah, merentasi Jambatan Pulau Pinang bersama-sama dengan Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Proton Saga 2022 meneruskan tradisi jualan yang kukuh dan keyakinan pengguna yang tinggi dengan empat varian tersedia untuk dijual.

Standard MT (RM34,400), Standard AT (RM38,300), Premium AT (RM41,300) dan Premium S AT (RM44,300) OTR tanpa isuran tanpa SST. Pilihan warna adalah: Snow White, Armour Silver, Jet Grey, Rosewood Maroon dan Ruby Red.

Previous post

Jual Kereta Anda! Jangan Biarkan Ia Reput Hancur Lebur!

Next post

SUV Chery Tiggo Tidak Akan Masuk Malaysia Tahun Ini, Mungkin 2023

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *