Berita Auto

Perodua Alza Serba Baharu Dilancar Dengan Rasminya

Pelancaran Alza Serba baharu disambut dengan menerima tempahan paling tertinggi pernah mereka catat dalam sejarah mereka dengan lebih dari 30,000 tempahan.

Perodua Alza serba baharu menerima lebih 30,000 tempahan sejak pembuat kereta kompak itu membuka tempahannya pada 23 Jun 2022.

Menurut Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Dato’ Zainal Abidin Ahmad, “Pencapaian ini disebabkan oleh beberapa faktor, antaranya ialah para pelanggan ingin memanfaatkan sepenuhnya inisiatif pengecualian cukai jualan yang akan tamat tempoh pada 30 Jun 2022 dan daripada lebih 200,000 tempahan yang kami terima buat masa ini, hampir 15% adalah model Perodua Alza serba baharu ini,”

Beliau juga berkata faktor lain adalah daya tarikan nilai keseluruhan pakej Perodua Alza serba baharu. Ini termasuk ciri keselamatan yang dipertingkatkan seperti 6 beg udara, ciri Bantuan Keselamatan Termaju, tawaran digital yang dipertingkatkan, ruang yang luas dan keselesaan pemanduan yang lebih baik.

Dato’ Zainal berkata hampir 4,000 pelanggan telah menukar tempahan Perodua Alza mereka kepada versi terkini walaupun sebelum pembukaan tempahannya diumumkan secara rasmi.

Siaran Media Perodua

Majlis pelancaran rasmi Perodua Alza serba baharu, dihadiri oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob, Pengerusi Perodua Tan Sri Asmat Kamaludin dan Presiden Daihatsu Motor Co, Encik Soichiro Okudaira.

“Bermula hari ini, beberapa pelanggan kami akan menerima Perodua Alza serba baharu mereka daripada 195 bilik pameran jualan sah di seluruh negara. Selain itu, kami memberi jaminan kepada para pelanggan kami yang menempah Perodua Alza serba baharu mereka pada atau sebelum 30 Jun, mereka akan menerima kenderaan mereka sebelum tarikh akhir 31 Mac 2023,” kata Dato’ Zainal.

Perodua Alza serba baharu dijual secara rasmi pada harga RM62,500 untuk varian X, RM68,000 untuk varian H dan RM75,500 untuk varian AV (harga di Malaysia Barat dan tanpa insuran).

Perodua Alza 2022-07-20 at 17.08.06

Bagi mereka yang menempah Perodua Alza serba baharu pada atau sebelum 30 Jun 2022 dan menerima kenderaan mereka pada atau sebelum 31 Mac 2023 akan menikmati harga yang lebih rendah kerana mereka layak untuk inisiatif pengecualian cukai jualan.

Kerajaan Malaysia baru-baru ini mengumumkan bahawa semua kenderaan yang ditempah pada atau sebelum 30 Jun masih boleh menikmati inisiatif pengecualian cukai jualan selagi kenderaan mereka didaftarkan pada atau sebelum 31 Mac 2023.

Mengenai pembangunan Perodua Alza serba baharu, Dato’ Zainal berkata syarikat itu melabur RM770 juta untuk membangunkan model tersebut sejak April 2018.

Perodua Alza serba baharu ini dibangunkan bersama di bawah Arkitertur Global Baharu Daihatsu (DNGA) di mana pereka dan jurutera Malaysia bekerja dengan rakan sejawatan mereka di Daihatsu Motor Co.,Jepun.

“Perkongsian ini membolehkan Perodua dan para pembekalnya bekerjasama dengan Daihatsu untuk mencapai skala ekonomi dan meningkatkan kos pembangunan model baharu, dan dalam kes ini, Perodua Alza serba baharu,” kata Dato’ Zainal.

Beliau berkata, Perodua Alza serba baharu adalah model kedua dibangunkan di bawah DNGA selepas Perodua Ativa, yang diperkenalkan pada Mac 2021.

Previous post

Pemilik Hyundai EV Berkonvoi Buat Kali Pertama

Next post

Volvo Cars Melaporkan Penurunan Kecil Jualan Pada S2 2022

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *