Berita Auto

Honda Civic Type R Serba Baharu Dapat Turbo VTEC Terkuat Mereka

Honda Civic Type R 2023 serba baharu akhirnya diperkenalkan dan ia mempunyai ciri-ciri yang kita sudah kenal.

Berdasarkan kejayaan Civic Type R yang semasa, Honda telah memperkenalkan Civic Type R serba baharu ini dengan mengekalkan formula kemenangan mereka. Civic Type R baharu tiba pada ulang tahun ke-25 kemunculan model itu dan akan memasuki bilik pameran pada awal 2023 di pasaran Eropah.

Untuk generasi baharu ini, Civic Type R menampilkan prestasi aerodinamik yang dipertingkatkan, komponen ringan baharu dan semakan kecil powertrain.

Di bawah hudnya, masih sama. Enjin petrol pengecas turbo 2.0L 4-silinder yang sama dan ia masih menghantar kuasa ke roda hadapan melalui transmisi manual 6-kelajuan yang dioptimumkan dengan sistem pemadanan semula yang disemak semula.

Honda is still keeping mum on the performance details but has confirmed that this is now the fastest front-wheel drive car around the Suzuka circuit. It also says that the new turbocharger makes this the strongest VTEC turbo engine in history.

Honda masih berdiam diri mengenai butiran prestasi tetapi telah mengesahkan bahawa ini merupakan kereta pacuan roda hadapan terpantas di sekitar litar Suzuka. Bukan Nürburgring. Ia juga mengatakan bahawa pengecas turbo baharu menjadikannya enjin turbo VTEC ini adalah yang paling kuat dalam sejarah mereka.

Ia juga dikatakan salah satu ‘per liter’ paling berkuasa dalam kelasnya. Sistem ekzos juga telah disemak semula.

Sistem brek Brembo telah disemak tetapi masih disertakan dengan cakera dua keping seperti sebelum ini. Radiator yang dinaik taraf dan reka bentuk triple ekzos baharu mengukuhkan lagi prestasi kereta.

Dari segi reka bentuk, Type R baharu telah direndahkan dan wheel archnya telah dikembangkan untuk muat rim/tayar 19″ hitam matte ringan dengan Michelin Pilot Sport 4S. Pintu belakang juga telah dilebarkan untuk penampilan yang lebih agresif. Terdapat juga sayap belakang yang besar tetapi ia dicat hitam berbanding warna badan sebelum ini. Spoiler baharu itu juga kini disokong oleh pelekap die cast aluminium dicat hitam dan semuanya lebih rendah daripada sebelumnya.

Skirt dan bampar bawah juga lebih agresif. Di belakang, diffuser dan triple exit ekzos kembali tetapi dengan reka bentuk yang dikemas kini. Di bahagian hadapan, bonet kini mempunyai bolong untuk aliran udara maksimum. Lebih halus ialah lubang di belakang roda hadapan yang menghantar udara di bawah kereta dan keluar dari belakang. Pilihan warna untuk Type R baharu ini ialah Championship White, Rallye Red, Racing Blue, Crystal Black dan Sonic Grey.

Di dalam, Civic Type R dibina berdasarkan bahagian dalam Civic e:HEV tetapi menambah kepingan trim merah Type R klasik dan grafik unik. Terdapat juga tempat duduk sukan berwarna merah dengan upholsteri ‘macam’ suede. Mod pemanduan boleh dipilih dari kabin. Type R mendapat mod Comfort, Sport, +R dan Individual yang membolehkan anda menyesuaikan tetapan enjin, stereng, suspensi dan bunyi enjin. Logger data Honda Log telah dikemas kini dengan lebih banyak ciri termasuk lap time stopwatch, tyre friction circles, paparan 3D vehicle motion dan fungsi scoring yang inovatif.

Previous post

Mengapa Kami Rasa Perodua Tidak Akan Mengeluarkan EV

Next post

Mungkinkah Geely Xingrui Ini Persona Proton Baharu?

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *