Undang - Undang

Op Selamat 18 Catat Peningkatan Kadar Kematian

Op Selamat 18 yang berlangsung selama 10 hari bermula 29 April hingga 8 Mei mencatatkan 166 kematian akibat kemalangan di seluruh negara. Jumlah itu menunjukkan peningkatan seramai enam orang berbanding Op Selamat 15 yang dijalankan pada 2019.

Bercakap kepada Berita Harian, Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Razarudin Husain berkata jumlah nahas yang direkodkan dalam Op Selamat 18 adalah sebanyak 15,947 kes dengan 150 daripadanya adalah kemalangan maut.

Jika dibandingkan 15,836 kes yang dicatatkan dalam Op Selamat 15, jumlah kemalangan itu meningkat sebanyak satu peratus atau 111 kes.

polis, pdrm

“Selepas dua tahun rakyat tidak dapat pulang ke kampung disebabkan COVID-19, tahun ini orang ramai ambil kesempatan merayakan Aidilfitri dengan jumlah kenderaan dianggarkan lebih lima juta. Saya melihat statistik Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) ini adalah terkawal,” kata Datuk Razarudin.

Tambah beliau, walaupun mengalami peningkatan drastik jumlah kenderaan, Polis Diraja Malaysia (PDRM), terutama JSPT dengan bantuan agensi lain mampu mengawal situasi di jalan raya sepanjang Op Selamat 18.

Mengenai saman pula, beliau berkata sebanyak 338,296 saman dikeluarkan kepada pengguna pada Op Selamat 18, berbanding 223,449 pada Op Selamat 15, iaitu peningkatan sebanyak 114,847 saman.

Daripada jumlah tersebut, sebanyak 252,375 saman adalah daripada kes khas enam kesalahan lalulintas utama iaitu memandu melebihi had laju (240,421 kes), memandu di lorong kecemasan (804), memotong di garisan berkembar (1,202), memotong barisan (3,582), melanggar lampu isyarat (4,375) dan menggunakan alat telekomunikasi semasa memandu (1,991).

Previous post

Siri Kejohanan Antarabangsa MercedesTrophy Kembali Untuk Tahun Ke-32

Next post

Simpan Duit Untuk Kereta Elektrik Atau Tunggu Untuk eFuel RM45.00 Seliter

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *