Berita Auto

Land Rover Defender Sambut Ulang Tahun Ke-30 Di AS

Tahukah anda, Land Rover Defender mula dipasarkan di Amerika Syarikat pada lewat tahun 1992? Bagi meraikan ulang tahun yang penuh makna ini, syarikat itu memperkenalkan Defender 30th Anniversary Edition yang ditawarkan dalam kuantiti terhad iaitu 500 unit sahaja.

Menurut Land Rover, penggayaan dan spesifikasi model ini diinspirasikan dari Defender 110 model tahun 1993 yang merupakan model Defender pertama yang memasuki pasaran Amerika Utara.

Mengggunakan varian Defender 110 P300 S sebagai asas, model edisi ulang tahun ini tampil dalam warna Fuji White, berserta rim besi 18 inci berwarna Gloss White dan juga lencana eksklusif pada bahagian tailgate. Ruang dalamannya pula dihiasi dengan upholsteri kulit Ebony dan Cross Car Beam dengan kemasan White Powdercoat Brushed Finish.

Bagaimanapun, peningkatan yang ada pada Defender edisi ulang tahun ke-30 ini lebih dari sekadar kosmetik. Disertakan secara standard adalah pelbagai aksesori all-terrain termasuk rak bumbung, mud flap klasik depan dan belakang, alas lantai getah, pemijak sisi, tangga, dan kemasan pada gerbang roda.

Selain itu, Land Rover turut menyertakan Cold Climate Pack, Tow Pack, Black Exterior Pack dan Off-Road Pack. Ciri-ciri kemudahan lain yang ada termasuk lampu LED, sistem suspensi udara, lampu kabus depan, sistem pendingin hawa tiga zon, sensor kualiti udara dan pengion udara. Pemilik juga akan mendapat Activity Key yang boleh dipakai seperti jam tangan apabila mereka melakukan aktiviti lasak.

Defender 30th Anniversary Edition hanya boleh didapati di Amerika Syarikat pada harga $75,000 (RM325,370) seunit.

Previous post

Lamborghini Memperkenalkan Huracán GT3 EVO2 Baharu

Next post

Hyundai i30 N Drive-N Model Edisi Terhad Untuk Eropah Sahaja

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *