Hibrid, Elektrik, Hidrogen

Syarikat Singapura Lancar Rangkaian Pengecas EV Dari Johor Ke Pulau Pinang

Usaha peluasan rangkaian pengecasan kenderaan elektrik (EV) di Malaysia kini maju selangkah lagi dengan pelancaran perkhidmatan mengecas EV oleh syarikat pembekal gas berpaip Singapura, City Energy dengan kerjasama syarikat dari Malaysia iaitu EV Connection Sdn. Bhd.

Dikenali sebagai Go by City Energy atau Go, perkhidmatan yang dioperasikan menerusi City Energy Go Pte. Ltd. (anak syarikat City Energy) itu menyediakan rangkaian poin pengecasan EV rentas sempadan dari Johor hingga ke Pulau Pinang. Pengecas ini boleh diakses menerusi aplikasi telefon pintar yang boleh disambungkan dengan mana-mana kad kredit untuk pembayaran.

Buat masa ini, terdapat 20 poin pengecasan Go yang sedia untuk digunakan di Malaysia, dengan kebanyakannya terletak di sepanjang Lebuhraya Utara Selatan. Menurut The Straits Times, pengasas EV Connection, Lee Yuen How berkata syarikatnya mensasarkan untuk menambah 50 lagi pengecas menjelang akhir tahun ini bagi membolehkan pengguna EV pergi ke arah pantai timur.

Di Singapura, poin pengecasan Go disediakan di kondominium-kondominium, bermula dengan Parc Botannia di Fernvale. City Energy berkata rangkaian pengecasannya akan diperluaskan lagi ke lebih banyak kediaman dan tapak komersial menjelang akhir 2030.

Kadar pengecasan adalah RM1.20 setiap minit bagi pengecas pantas DC berkapasiti 50 kW dan antara RM2 hingga RM3 setiap jam bagi pengecas AC 7 kW. Untuk perbandingan, kadar pengecasan adalah 51 sen (RM1.61) untuk pengecas AC 22 kW dan 55 sen (RM1.73) setiap kWj bagi pengecas DC 50 kW. Tiada sebarang yuran langganan dikenakan.

Previous post

Renault Kwid E-TECH Kereta Elektrik Paling Murah Di Brazil

Next post

Haima 7X Turbo MPV Dilancarkan Di Filipina Dengan Harga Bawah RM100,000

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *