Hibrid, Elektrik, Hidrogen

Petronas Akan Pasang Pengecas Pantas Di PLUS Dan LPT

Petronas Dagangan Berhad (PDB) mengumumkan bahawa ia telah memeterai memorandum persefahaman (MoU) dengan Mercedes-Benz Malaysia dan EV Connection, pengendali rangkaian JomCharge di Malaysia, bagi menempatkan pengecas pantas DC di stesen Petronas menjelang separuh pertama 2022.

Kerjasama strategik ini dijalin bagi menangani masalah kekurangan pengecas pantas di Malaysia. Di bawah kerjasama ini, PDB menyasarkan untuk memasang pengecas pantas di lima stesen Petronas dalam fasa perintis bagi membolehkan liputan menyeluruh antara Lebuh Raya Utara Selatan dan sebahagian daripada Lebuh Raya Pantai Timur.

Naib Presiden Pemasaran Petronas Ahmad Adly Alias berkata PDB telah menyediakan kemudahan pengecas EV di stesennya sejak 2017 dan kami mendapati terdapat permintaan untuk pengecas pantas semasa perjalanan jarak jauh, terutamanya di sepanjang lebuh raya utama.

“Menerusi kerjasama ini, pengecas pantas akan disediakan di lokasi strategik bagi memanfaatkan rangkaian stesen Petronas. Kami melihat pelaburan dalam kemudahan pengecas EV sebagai langkah yang perlu ke arah mempromosikan penggunaan EV di Malaysia,” kata beliau.

Mercedes-Benz EQE

Naib Presiden Jualan dan Pemasaran Mercedes-Benz Malaysia Michael Jopp pula berkata 2022 merupakan permulaan strategi model Mercedes-EQ dan syarikat itu akan memperkenalkan rangkaian model elektrik premium sebagai sebahagian daripada strategi global Mercedes-Benz untuk menghasilkan kenderaan elektrik sepenuhnya menjelang akhir dekad ini.

“Oleh itu, kami komited sepenuhnya untuk melabur dalam infrastruktur tempatan bersama dengan PDB dan EVC bagi menggalakkan penerimaan EV di kalangan pemandu Malaysia,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Urusan EV Connection Ir Lee Yuen How berkata sebagai salah satu penyedia pengecas EV terawal, EVC sentiasa percaya pada potensi kenderaan elektrik di Malaysia.

Previous post

Genesis Electrified GV70 Debut Di China Dengan Gril Baharu

Next post

Proton Lancar Galeri Inspirasi Di Centre Of Excellence

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *