Kemalangan / Rosak / Recall

Banjir Besar Melanda Kuala Lumpur Sekali Lagi. Apa Pula Alasan Kali Ini?

Malaysia dilanda banjir besar pada penghujung 2021 dan 3 bulan kemudian, banjir kembali sekali lagi melanda ibu negara.

Tahun lepas, banjir yang melanda Malaysia menyebabkan jumlah kerosakan yang tidak pernah berlaku sebelum ini, meragut hampir 50 nyawa dan menyebabkan berjuta-juta Ringgit kerosakan harta benda. Syarikat insurans terpaksa membuat pembayaran yang besar dan berusaha keras untuk menyediakan perlindungan khas dan dana untuk membantu mereka yang tidak mempunyai perlindungan ‘special perils’. Kerajaan membelanjakan berjuta-juta untuk membantu mangsa banjir tetapi mengakui tindak balas awal mereka perlahan dan berjanji akan melakukan yang lebih baik di masa hadapan.

Hari ini, penduduk di Kuala Lumpur mendapati diri mereka berdepan dengan lagi jalan raya yang dinaiki air dan atau lebih teruk. Imej mula muncul dari pusat bandar KL menunjukkan kereta, basikal, lori dan banyak lagi tenggelam di tempat letak kereta.

Laporan muncul di seluruh Lembah Klang mengenai lebuh raya dan jalan raya yang ditenggelami air dan ini nampaknya ia akan menjadi satu lagi bencana besar bagi beribu-ribu pemilik kenderaan dan industri insurans. Semoga perlindungan insuran special perils / bencana khas telah diambil oleh pemilik kenderaan yang terjejas.

Kami sendiri telah menjadi saksi kepada banjir ini secara langsung dekat lebuh raya KESAS. Kami bernasib baik kerana tidak terperangkap di jalan raya pada masa itu.

Banjir itu menyebabkan keadaan trafik sesak teruk di kedua-dua belah lebuh raya, dengan paras air membanjiri KESAS arah Klang dan semakin naik di bahagian arah KL, lepas tol PJ.

Kawasan lain yang dilaporkan terjejas akibat banjir kilat termasuk Jalan Kuchai Lama, Masjid Jamek, Jalan Kia Peng dan banyak lagi.

Jika anda kebetulan berdepan dengan jalan yang dinaiki air semasa memandu, jangan cuba meredahinya walaupun anda menaiki SUV atau jika air banjir tidak kelihatan terlalu dalam. Ini kerana anda tidak tahu sama ada ada serpihan teruk di permukaan jalan dan air boleh memasuki enjin anda dengan mudah dan menyebabkan kerosakan berpuluh ribu Ringgit.

Sebaliknya anda harus berhenti di lorong tepi/kecemasan dan matikan enjin anda, nyalakan lampu hazard anda. Jika banjir surut dan jalan raya clear, teruskan perjalanan anda, tetapi tuju ke kawasan yang lebih tinggi sehingga anda pasti tiada jalan lain yang dinaiki air menghalang anda.

Jika kenderaan anda dinaiki air semasa pakir, JANGAN cuba menghidupkan enjin. Tunggu surut kemudian tunda ke bengkel dan minta mekanik anda memastikan tiada air masuk ke dalam penapis udara atau enjin. Anda juga dinasihatkan untuk memastikan elektronik benar-benar kering sebelum cuba menghidupkan kenderaan, jadi ia mungkin mengambil masa beberapa hari. Itu lebih baik daripada terkena bil repair yang cekik darah.

Previous post

Tayar BFGoodrich Trail-Terrain T/A Kini Di Malaysia

Next post

Skuter Elektrik Dari India Ini Boleh Bergerak Sejauh 300KM

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *