Trak Pikap, Van, MPV, Bas & Lori

Nissan Serena e-Power Electrified Mungkin Tiba Di Malaysia Tahun Ini

Ini dia model 2020 Nissan Serena dengan pacuan yang dikongsi dengan Nissan Note e_Power

Segmen MPV bersaiz sederhana di Malaysia agak membosankan sejak 8 tahun lalu kerana hanya ada SATU model saja yang dijual, Nissan Serena. Terkejut? Well, semua pesaing terdekat meninggalkan segmen ini atau tidak mahu bersusah payah untuk menceburi segmen ini kerana minat yang semakin meningkat untuk SUV dan Crossover di Malaysia dan pasaran serantau.

Mazda pada satu masa dahulu mempunyai Biante MPV (gambar di atas) yang diimport sepenuhnya dan harganya berpatutan. Saingan lain, Toyota dan Honda tidak berminat untuk mengimport MPV bersaiz sederhana mereka. Honda Japan mempunyai StepWGN (gambar di bawah) dan Toyota mempunyai VOXY dan Noah people mover yang hanya diimport secara ‘terpakai’ oleh pengimport kereta terpakai.

Oleh kerana tiada pemasangan tempatan serantau, kedua-dua Honda dan Toyota memutuskan untuk menumpukan perhatian mereka kepada segmen crossover/MPV kompak yang senang dijual seperti Honda BR-V dan Toyota Sienta. Sienta habis dijual dan tidak diperbaharui. Honda Marketing melancarkan BR-V facelifted dan masih laku sehinggi kini.

Tetapi ditahap kelas MPV serdehana, Serena bersendirian dengan jualan yang menggalakkan. MPV hibrid Nissan Serena tiba apabila tiada saingan di pasaran Malaysia. Ia menyeronokkan, luas, harga yang berpatutan dan selesa untuk dipandu.

Kini muncul berita mengenai Serena e-Power yang mempunyai sistem pacuan motor elektrik 100 peratus yang menghidang pemandu dengan pecutan yang berkuasa dan dengan mod e-Power Drive ia menambah kemudahan untuk memecut dengan hanya menggunakan accelarater.

Dengan pengurusan enjin yang dioptimumkan dan pengurangan bunyi bising, Nissan Serena e-Power mengatasi kelasnya dari segi bunyi.

Digabungkan dengan badan aerodinamik, sistem e-Power yang merangkumi enjin berkuasa petrol kecil yang mengecas bateri yang memastikan penjimatan bahan api yang luar biasa. Nissan Serena e-POWER dinilai pada 26.2 km/L2 (ujian JC08 Jepun).

Pada September 2019, Nissan di Singapura melancarkan versi terbaharu Serena dengan e-Power ini. Nissan Serena e-Power 7 tempat duduk baharu memperkenalkan rangkaian kuasa elektrik e-Power pertama Nissan di Singapura.

Susulan Nissan LEAF baharu, ini merupakan kenderaan elektrik kedua dalam barisan Nissan yang akan dilancarkan di Singapura, yang akan membantu memenuhi komitmen Nissan untuk mengelektrik sepenuhnya barisan kereta penumpangnya di Singapura menjelang 2022.

Teknologi e-POWER revolusioner

e-Power ialah teknologi proprietari Nissan yang menawarkan prestasi pemanduan dan faedah EV, namun menghapuskan keperluan untuk pengecasan semalaman. Ia menggabungkan pacuan motor elektrik 100 peratus dengan enjin petrol yang mengecas bateri, memberikan pelanggan pecutan segera, lancar dan kecekapan bahan api yang lebih tinggi.

Sistem e-Power terdiri daripada bateri dan rangkaian kuasa elektrik, yang disepadukan dengan enjin petrol, penjana kuasa, penyongsang dan motor. Ini berbeza daripada sistem hibrid konvensional, di mana roda digerakkan oleh motor elektrik dan enjin petrol.

Motor elektrik dan enjin petrol

Motor elektrik Nissan Serena e-Power menghasilkan 100kW dan 320Nm tork serta-merta. Digunakan semata-mata untuk mengecas bateri, enjin petrol 1.2 liter berfungsi pada kelajuan yang tetap dan optimum untuk memberikan penarafan kecekapan bahan api yang hebat sebanyak 17.5km/L.

Penjana elektrik e-Power Nissan, yang terdapat dalam Nissan Serena e-Power, menerima anugerah Teknologi Terbaik untuk 2019 oleh Persidangan Penyelidik dan Wartawan Automotif Jepun (RJC).

Adakah Serena ini akan tiba di Malaysia?

Ia sepatutnya dilancarkan tahun ini (2022) dan lagipun, MPV Serena semasa akan menyambut ulangtahun yang ke-8 tidak lama lagi. Tiada kenyataan daripada Edaran Tan Chong Motor (ETCM), penjaga jenama tempatan di Malaysia tentang Serena e-Power ini dan dengan Navara dan Almera sudah menjadi tarikan untuk bilik pameran mereka, ETCM harus melancarkan Serena penjimat bahan api baharu ini untuk terus mendahului saingan mereka.

Previous post

Hyundai Tucson Dipertingkatkan Untuk 'Uncharted'

Next post

Honda BeAT Kini Dalam 4 Warna Baharu - RM5,765

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *