Berita Auto

Honda Step WGN 2022 – Tiada Lagi Tailgate “Waku Waku”

Honda Step WGN generasi keenam telah dilancarkan secara rasmi di Jepun. Untuk 2022, MPV kompak itu masih mempunyai badan berbentuk petak dan bumbung yang tinggi seperti versi-versi terdahulu namun ia kehilangan satu ciri yang menjadikan ia unik berbanding model-model lain di pasaran.

Ciri yang dimaksudkan adalah tailgate Waku Waku yang boleh dibuka ke sisi apabila berada di ruang parkir yang sempit. Sebagai pengganti, Honda menggunakan tailgate konvensional yang lebih ringkas yang dibuka ke atas.

Model generasi keenam ini akan ditawarkan dalam tiga varian iaitu Step WGN Air, Step WGN Spada dan Step WGN Spada Premium Line. Setiap varian mempunyai elemen-elemen reka bentuk yang tersendiri.

Sebagai contoh, varian Air mempunyai rekaan gril dan bampar yang ringkas dan bersahaja, manakala Spada pula menampilkan gril yang lebih besar, bampar yang lebih sporty, spoiler belakang dan lebih banyak kemasan krom pada bahagian luaran.

Rekaan ruang kabin dilihat lebih matang dengan rekaan papan pemuka yang lebih ‘bersih’ yang menggunakan lebih banyak garisan-garisan lurus. Kelengkapan yang disertakan termasuk skrin sentuh sistem infohibur berukuran 11.4 inci, kluster instrumen digital 10.25 inci dan’dulang’ untuk meletak barang di atas glovebox.

Step WGN mempunyai tiga barisan tempat duduk yang boleh menampung sehingga enam penumpang. Barisan kedua dilengkapi dengan dua tempat duduk kapten yang boleh digelongsorkan ke hadapan dan belakang, serta ke kiri dan kanan. Barisan tempat duduk ketiga pula boleh dilipat sepenuhnya.

Setakat ini, maklumat mengenai pilihan enjin masih belum diumumkan namun menurut laporan, model ini boleh didapati dalam versi petrol dan hibrid e:HEV. Selain itu, setiap varian akan didatangkan standard dengan ciri keselamatan dan bantuan pemandu Honda SENSING.

Previous post

Promosi Tahun Baru Untuk Subaru Forester Dan XV

Next post

Bekalan Litium Berkurangan Dan Harga Bateri Meningkat Mendadak

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *