Hibrid, Elektrik, Hidrogen

Kini Anda Boleh ‘Convert’ Mini Klasik Kepada EV

Mereka yang mempunyai kereta Mini klasik yang terbiar begitu sahaja sehingga mereput kini berpeluang untuk memberikan jentera comel molek itu ‘nafas baharu’ menerusi program MINI Recharged yang baru sahaja dilancarkan.

BHPetrol_Euro5-Diesel_Web-Banner_BM_GoHedGostan_650x85_FA-42

Di bawah program ini, pemilik Mini klasik boleh menghantar kereta mereka ke kilang Mini yang terletak di Oxford untuk menjalani proses penukaran (conversion) kepada sebuah kereta elektrik. Sudah tentu, proses ini akan menelan belanja yang agak tinggi namun setiap kereta akan mendapat ‘jantung’ baharu berupa sebuah motor elektrik dengan 90 kW (122 PS) dan juga pek bateri 6.6 kWh.

MINI Recharged

Gandingan ini memberikan Mini kuasa yang cukup untuk membolehkan ia memecut dari 0 hingga 100 km/j dalam sembilan saat serta jarak pemanduan sejauh 160 km dengan satu cas penuh. Boleh tahan, bukan? Tambahan pula, proses penukaran itu akan dilakukan oleh pasukan Mini yang berdedikasi di kilang itu, jadi pemilik tidak perlu risau tentang mutu kerja, kualiti dan sebagainya.

Bukan itu sahaja, setiap Mini yang dielektrifikasi akan mendapat kluster instrumen baharu yang memaparkan pelbagai maklumat penting seperti suhu, kedudukan gear, baki jarak pemanduan dan juga kelajuan. Setiap unit juga akan diberikan nombor individu untuk menjaga keeksklusifan.

Menurut Mini, semua komponen asal yang dikeluarkan termasuk enjin akan diberikan nombor siri dan disimpan. Ini sekiranya pemilik mahu menukar semula kereta mereka kepada keadaan asal.

Previous post

Perodua Sasar Jual 247,800 Unit Kenderaan Tahun Ini

Next post

BMW 8 Series Facelifted Untuk Model Tahun 2023

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *