Undang - Undang

Indonesia Guna Nombor Plat Putih Bermula Tahun Ini

Penggunaan nombor pendaftaran atau plat ‘fancy’ dengan fon yang mengelirukan ialah satu masalah yang masih lagi menghantui Malaysia sejak bertahun-tahun lamanya.

Sebenarnya, sudah acap kali kerajaan dicadangkan supaya mengharamkan penjualan plat ini dan menyelaraskan pengeluarannya seperti yang dilakukan oleh negara-negara lain seperti Indonesia dan Singapura, namun ia ibarat memekik di tengah padang luas.

Bercakap tentang Indonesia, jiran kita itu kini maju selangkah lagi apabila pihak berkuasa mereka mengumumkan warna latar belakang nombor pendaftaran kenderaan akan ditukar dari warna hitam kepada warna putih bermula Mac nanti.

Menurut Pengarah Unit Polis Trafik, Brigedier Jeneral Yusri Yunus, perubahan warna itu dilakukan bagi mendapat manfaat seiring dengan teknologi terkini.

Salah satu manfaatnya adalah ia dapat menyokong sistem tiket Penguatkuasaan Undang-undang Trafik Elektronik (ETLE) yang menggunakan kamera, serta sistem pembayaran tempat letak kenderaan eletronik.

Ini kerana plat yang mempunyai latar belakang berwarna putih dengan tulisan berwarna hitam lebih mudah dibaca oleh sistem Pengecaman Nombor Plat Automatik (APNR) dalam ETLE.

Bukan itu sahaja, kerajaan Indonesia juga dilaporkan akan memasang cip Pengenalan Frekuensi Radio (RFID) yang mengandungi data kenderaan dan pemilik pada plat nombor pendaftaran bermula 2023. Selain pembayaran tol dan parkir, cip tersebut juga boleh digunakan untuk tujuan penguatkuasaan.

Previous post

Aston Martin DBX S Mungkin Hadir Dengan Enjin Twin-Turbo V12

Next post

CNY: GoCar Tawar Diskaun 30% Untuk 'Share Round Trips'

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *