Hibrid, Elektrik, Hidrogen

Adakah Ini Trak Pikap Elektrik Keluaran Toyota?

Orang Amerika begitu gemar dengan trak pikap, maka tidak hairanlah jika kebanyakan trak pikap elektrik yang diperkenalkan setakat ini datang dari pengeluar-pengeluar dari Amerika Syarikat. Ini termasuklah Tesla Cybertruck, Rivian R1T, GMC Hummer EV, Ford F-150 Lightning dan Chevrolet Silverado EV.

Nampaknya, segmen yang semakin popular bakal mempunyai pesaing dari Jepun tidak lama lagi. Dalam satu acara pembentangan strategi neutraliti karbonnya baru-baru ini, Toyota memperlihatkan rupa trak pikap elektriknya yang akan datang menerusi sebuah kenderaan konsep yang tampak seperti sudah sedia untuk memasuki fasa produksi.

Trak yang belum dinamakan itu merupakan salah satu daripada16 kenderaan elektrik konsep yang didedahkan pada acara tersebut dan ia mungkin menjadi salah satu daripada 30 model EV yang ditawarkan oleh Toyota menjelang 2030. Setakat ini, tiada maklumat mengenai spesifikasi atau ketibaan model itu namun secara logiknya, ia sepatutnya dibangunkan untuk menandingi trak-trak pikap EV lain di pasaran.

Melihat kepada reka bentuknya, saiz trak pikap elektrik Toyota ini tidak jauh dengan trak saiz pertengahan Tacoma, dengan konfigurasi crew-cab empat pintu. Penggayaannya pula diinspirasikan oleh trak saiz penuh Tundra, dengan rekaan lampu yang tajam dan kemasan plastik hitam di bawahnya. Grilnya mempunyai corak cetakan timbul dan hampir ditutup sepenuhnya.

Selain itu, trak ini menampilkan kemasan bampar berwarna hitam, bumbung dan tiang berwarna serta fender flare, juga berwarna hitam, untuk menonjolkan lagi sifat lasaknya. Rekaan bahagian belakang tidak ditunjukkan namun ia pastinya tidak jauh berbeza dengan Tacoma atau Tundra.

Selain trak itu, barisan EV masa hadapan Toyota turut merangkumi kereta-kereta sport dari jenama Toyota dan Lexus, beberapa buah SUV pelbagai saiz, MPV kompak dan sebuah SUV yang kelihatan seperti FJ Cruiser.

Previous post

Honda CBR250RR Kini Dalam Edisi Trico - RM25,999

Next post

Satu Maut Selepas Pemandu Tesla Model 3 Hilang Kawalan

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *