Kemalangan / Rosak / Recall

UMW Toyota Hulur Bantuan Kepada Pelanggan Terjejas Banjir

UMW Toyota Motor mengumumkan Program Bantuan Banjir Toyota yang diwujudkan khas bagi meringankan beban pelanggannya yang terjejas akibat banjir kilat baru-baru ini.

Pemilik-pemilik Toyota yang kenderaan mereka mengalami kerosakan kini boleh menarik nafas lega kerana program itu menawarkan bantuan berupa diskaun 25 peratus dari jumlah keseluruhan bil termasuk alat ganti dan kos buruh, serta perkhidmatan tunda dan penilaian dan sebut harga secara percuma.

Presiden UMW Toyota Motor, Ravindran K. berkata beliau berharap agar Program Bantuan Banjir Toyota sedikit sebanyak dapat membantu mengurangkan beban yang ditanggung oleh pelanggan.

“Kami berharap mereka dapat pulih secepat mungkin dan pasukan kami di Toyota mendoakan kesejahteraan dan keselamatan rakyat Malaysia,” tambah beliau.

Untuk lebih ketenangan minda, UMW Toyota Motor turut menawarkan Pelan Pembayaran Mudah dengan kadar faedah 0% untuk pelanggan yang layak.

Bukan itu sahaja, semua pusat servis serta badan dan cat (Body & Paint) Toyota akan terus dibuka semasa tempoh kritikal ini bagi memastikan pelanggan yang terjejas mempunyai akses kepada pertolongan dan perkhidmatan yang diperlukan oleh kenderaan-kenderaan yang rosak akibat banjir tersebut.

Selain itu, pelanggan Toyota juga boleh menghubungi talian Toyota 24SEVEN Road Assistance untuk bantuan lanjut. Perkhidmatan ini dibuka kepada semua pelanggan Toyota 24 jam sehari, tujuh hari seminggu. Mereka juga boleh menghubungi talian bebas tol Toyota di 1-800-8-869682.

Previous post

Allianz General Segera Membantu Pelanggan Mereka yang Dilanda Banjir

Next post

Kereta Tersangkut Dalam Banjir? Ini Yang Perlu Anda Lakukan

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *