Berita Auto

Honda Civic Type R 2023 Akan Muncul Di Tokyo Auto Salon

Pada Oktober lalu, Honda mengacah Civic Type R generasi baharu yang ketika itu sedang menjalani ujian dinamik di Litar Nurburgring. Kini, syarikat itu telah mengumumkan yang hot hatch itu akan membuat penampilannya di Tokyo Auto Salon 2022 pada Januari depan.

Namun jangan salah sangka kerana ia bukan pelancaran rasmi model itu. Kereta yang akan dipamerkan adalah unit prototaip yang diuji di Litar Suzuka. Honda berkata model ini akan diperkenalkan sepenuhnya pada tahun hadapan, namun tarikh sebenar tidak diberitahu pula.

Seperti sebelum ini, ia masih memakai pelekat penyamaran namun terserlah elemen-elemen tipikal Type R seperti bukaan udara yang besar, spoiler yang tinggi serta tiga muncung ekzos.

Hingga kini Honda masih belum menyiarkan gambar ruang dalaman tetapi seperti model-model generasi terdahulu, rekaannya dijangka sama sahaja dengan versi standard, cuma ditambah dengan kerusi bucket dan kemasan merah hitam.

Apa yang tersembunyi di bawah penutup bonet juga masih belum diketahui. Sebelum ini, ada laporan yang mengatakan model baharu ini dikuasakan oleh enjin hybrid dengan pacuan semua roda (AWD) namun khabar angin ini telah pun dinafikan oleh pihak Honda sendiri.

Ini bermakna Civic Type R generasi baharu akan kekal dengan sistem pacuan roda hadapan (FWD) dan sudah pastinya, transmisi manual.

Previous post

Anggaran Kos Baiki Kereta Dilanda Banjir

Next post

Mengapa Kami Rasa RFID Mandatori Di PLUS BUKAN Idea Yang Baik

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *