Berita Auto

Honda City V-SENSING Dilancarkan – RM90,212

Honda Malaysia hari ini mengumumkan penambahan varian baharu dalam barisan model Honda City generasi kelima iaitu City V-SENSING. Dijual pada harga RM90,212.36, ia hadir sebagai varian kedua yang ditawarkan dengan sistem keselamatan dan bantuan pemandu Honda SENSING selepas City RS e:HEV.

Berikut adalah ciri-ciri yang dirangkumkan di bawah sistem Honda SENSING:

  • Adaptive Cruise Control (ACC)
  • Collision Mitigation Braking System (CMBS)
  • Forward Collision Warning (FCW)
  • Lane Keep Assist System (LKAS)
  • Road Departure Mitigation (RDM)
  • Lane Departure Warning (LDW)
  • Auto High Beam (AHB)

Satu lagi kelengkapan baharu yang disertakan pada City V-SENSING adalah meter TFT berukuran tujuh inci. Selain itu, ciri-ciri yang disertakan pada varian baharu ini adalah sama dengan apa yang terdapat pada varian V. Ini termasuk lampu LED depan dan belakang, lampu nyalaan siang LED, lampu kabus LED, rim 16 inci, upholsteri kulit kombinasi, dan paparan audio lapan inci dengan Apple CarPlay dan Android Auto.

Terletak di bawah bonet adalah enjin 1.5-liter DOHC i-VTEC yang dipadankan dengan transmisi jenis CVT. Enjin tersebut menghasilkan 121 PS dan 145 Nm. Apa yang menarik, pemandu boleh menghidupkan enjin dari jarak jauh dengan menggunakan ciri Remote Engine Start serta menghidupkan sistem pendingin hawa bagi menyejukkan ruang kabin sebelum memulakan perjalanan.

Turut disertakan adalah enam beg udara dan sistem Honda LaneWatch yang menggunakan kamera bagi membolehkan pemandu memantau kawasan titik buta menerusi skrin infohibur.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Madoka Chujo berkata, sejak City generasi kelima dilancarkan pada Oktober tahun lalu, syarikat telah mencatatkan jualan keseluruhan melebihi 23,000 unit. City turut menyumbangkan 34 peratus daripada jualan keseluruhan Honda Malaysia antara Januari dan Oktober 2021, menjadikan ia model syarikat yang paling laris setakat ini.

Previous post

Mercedes-AMG SL Kini Eksklusif Dengan Enjin Biturbo V8

Next post

Perodua Catat Jualan Bulanan Tertinggi Pada Oktober 2020

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *