Bisnes

Perodua Catat Jualan Bulanan Tertinggi Pada Oktober 2020

Perodua mendaftarkan 27,858 kenderaan pada Oktober 2021, sekaligus memecahkan rekod sebelum ini yang dicatatkan tepat 12 bulan lalu, di mana syarikat itu menjual sebanyak 26,848 kenderaan.

Rekod baharu ini disumbangkan oleh peningkatan pengeluaran dan penghantaran kenderaan yang pantas kepada pelanggan kerana pengeluar kereta kompak tersebut mensasarkan untuk menghantar sebanyak mungkin kenderaan pada suku keempat 2021.

Menurut Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Dato’ Zainal Abidin Ahmad, angka tersebut mewakili peningkatan sebanyak 90.67 peratus berbanding 14,160 unit yang dijual pada September 2021.

Daripada 27,858 kenderaan Perodua yang didaftarkan, 8,761 unit adalah Myvi, 5,973 unit Axia, 5,257 unit Bezza, 3,973 unit Ativa, 2,553 unit Alza dan 1,341 unit Aruz. Dari segi pengeluaran, beliau berkata Oktober 2021 juga menyaksikan jumlah kenderaan tertinggi yang pernah dikeluarkan dengan catatan sebanyak 29,803 unit.

“Saya ingin mengambil kesempatan ini mengucapkan terima kasih kepada semua kakitangan Perodua yang telah melakukan yang terbaik untuk memastikan para pelanggan kami menerima kenderaan Perodua mereka secepat mungkin,” kata Dato’ Zainal.

Perodua Ativa

Beliau berkata pencapaian 29,803 unit itu adalah di luar kapasiti pengeluaran semasa Perodua, namun kakitangannya mampu meningkatkan produktiviti mereka dengan tahap kualiti yang sama walaupun tanpa kakitangan, peralatan atau jentera baharu.

Dalam pada itu, Dato’ Zainal berkata lanjutan Pengecualian Jualan Cukai yang diumumkan baru-baru ini amatlah dialu alukan kerana ia membolehkan ekosistem automotif mempunyai lebih banyak ruang untuk pulih ekoran penutupan baru-baru ini serta mengejar permintaan.

“Lanjutan Pengecualian Jualan Cukai juga akan memberi manfaat kepada semua, daripada pengguna kepada pengeluar komponen asli serta para pembekal yang juga turut terjejas akibat kekurangan bekalan semikonduktor di peringkat global,” tambahnya.

Setakat tahun ini, Perodua mencatatkan 146,951 unit dari Januari hingga Oktober tahun ini, iaitu 14.5% di bawah 171,861 yang didaftarkan pada tempoh yang sama 2020.

Previous post

Honda City V-SENSING Dilancarkan - RM90,212

Next post

Peugeot 3008, 5008 Facelift Masuk Pasaran Malaysia

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published.