Sukan

Vios Challenge Pusingan Kedua Musim Keempat Tutup Tirai

Selepas lebih enam bulan tertangguh, Toyota Gazoo Racing Festival dan perlumbaan Vios Challenge kembali ke Litar Antarabangsa Sepang untuk pusingan kedua musim keempat. Seperti pusingan pertama yang diadakan pada Mac lalu, peminat masih lagi tidak dibenarkan untuk menyaksikan perlumbaan secara langsung di lokasi. Walaupun begitu, saingan tersebut masih mendapat sambutan yang hangat dengan lebih dua juta tontonan dalam talian, menurut UMW Toyota Motor.

Tidak seperti saingan pada hari pertama di mana cuaca panas terik, perlumbaan pada hari Ahad dijalankan dalam cuaca hujan yang menjadikan permukaan litar lebih licin dan mengehadkan jarak pemandangan.

Super Sporting

TGR Vios Challenge

Walaupun berdepan cuaca mencabar, Syafiq Ali yang berlumba untuk pasukan Favour M7 Japan Project berjaya meletakkan dirinya di tempat pertama setelah memulakan perlumbaan di tempat keempat. Beliau diikuti rapat oleh rakan sepasukan Faidzil Alang.

Perlumbaan terpaksa ditangguhkan sementara akibat hujan lebat namun sebaik sahaja ia bermula, pemenang pusingan pertama Mitchell Cheah terus mengasak dan hasilnya, pelumba muda itu berjaya memotong Faidzil untuk menamatkan perlumbaan di tempat kedua.

Sporting

TGR Vios Challenge

Adam Khalid dari Crestmax Motorsport berjaya mencuri tumpuan pada hari kedua apabila beliau berjaya memenangi perlumba 20 pusingan itu walaupun bermula pada petak ke-15. Di tempat kedua adalah Mirza Syahmi Mahzan dari Aylezo Motorsport manakala di tempat ketiga pula adalah Eric Yong.

Rookie

Kelas Rookie yang menampilkan barisan pemandu muda dan berbakat menyaksikan Amer Harris menamatkan perlumbaan di tempat ketujuh keseluruhan dalam saingan yang sama dengan kelas Super Sporting. Beliau berjaya mengatasi Mika Hakimi dan Putera Adam. Ini merupakan podium kedua untuk Amir pada hujung minggu ini, setelah menghabiskan perlumbaan pusingan pertama di posisi ketiga.

TGR Vios Challenge

Sementara itu, Naquib Azlan dan Jwan Hii masing-masing terpaksa berpuas hati ditempat keempat dan kelima.

Promotional

TGR Vios Challenge

Keputusan perlumbaan kelas Promotional pada perlumbaan kedua tidak jauh berbeza dengan keputusan pada perlumbaan pertama (Sabtu) dengan Shukri Yahaya menamatkan saingan di tempat pertama, 7.1 saat di hadapan Nabil Ahmad. Zizan Razak pula sekadar berada di tempat ketiga.

Memulakan perlumbaan di petak kelima, Shukri tidak menunggu lama untuk memberikan tekanan kepada Wany Hasrita, Akio Takeyama, Nabila Razali dan Khai Bahar dalam usahanya untuk merebut tempat pertama.

TGR Vios Challenge

Dengan dua kemenangan, Shukri dan Zizan kini mempunyai peluang baik untuk merangkul gelaran juara keseluruhan dalam kelas Promotional.

Pusingan ketiga dan akhir Vios Challenge akan diadakan pada 20 dan 21 November 21, juga di Litar Antarabangsa Sepang, namun untuk memberikan kelainan, ia akan diadakan pada waktu malam!

TGR Vios Challenge

KEPUTUSAN PUSINGAN KEDUA, MUSIM KEEMPAT

SUPER SPORTING

  1. Syafiq Ali – M7 Japan Project Team
  2. Mitchell Cheah – 23 Motors
  3. Faidzil Alang – M7 Japan Project Team

SPORTING

  1. Adam Khalid – Crestmax Motorsport
  2. Mirza Syahmi Mahzan – Aylezo Motorsport
  3. Eric Yong

ROOKIE

  1. Amer Harris
  2. Mika Hakimi
  3. Putera Adam

PROMOTIONAL

  1. Shukri Yahaya
  2. Nabil Ahmad
  3. Zizan Razak
Previous post

BMW iX3 Dibuka Untuk Tempahan Di Malaysia

Next post

UMW Toyota Kini Tawar Aksesori GR Untuk Empat Model

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published.