Berita Auto

Land Rover Defender 110 Sah Lancar Di Malaysia 21 Oktober Ini

Penantian untuk Land Rover Defender 110 baharu bakal berakhir tidak lama lagi. Menurut Jaguar Land Rover Malaysia (JLRM), model tersebut akan dilancarkan di Malaysia pada 21 Oktober 2021, jam 11 pagi. Peminat dijemput untuk menyaksikan acara pelancaran tersebut menerusi laman Facebook rasmi Land Rover Malaysia.

Untuk pasaran Malaysia, Defender 110 akan ditawarkan dengan dua pilihan trenkuasa iaitu P300 dan P400 MHEV. Varian P300 menampilkan enjin petrol 2.0-liter empat silinder dengan 300 PS, manakala P400 MHEV adalah varian hibrid ringkas (mild hybrid) enjin petrol 3.0-liter enam silinder sebaris yang menghasilkan 400 PS.

Kedua-dua enjin tersebut dipadankan dengan transmisi automatik lapan kelajuan keluaran ZF dan sistem pacuan epat roda. SUV off-road itu pernah dikesan sedang menjalani ujian di sekitar Ara Damansara pada Ogos lalu.

Diperkenalkan buat pertama kali pada 2019, Defender generasi baharu dibina berdasarkan platform D7x yang menawarkan struktur badan yang paling tegar pernah dihasilkan oleh Land Rover. Ini secara tidak langsung memberikan Defender kapasiti tunda maksimum 3,500 kg dan muatan bumbung maksimum sehingga 300 kg.

Selain itu, ia juga didatangkan dengan ciri-ciri seperti berikut:

  • Kamera 3D Surround termasuk ClearSight Ground View yang memudahkan pemanduan off-road dengan memaparkan pandangan kamera pada bahagian bawah kenderaan pada skrin tengah.
  • Adaptive Dynamics dengan sistem suspensi udara elektronik yang boleh memantau pergerakan badan Defender sehingga 500 kali sesaat dan bertindak balas dengan segera untuk mengoptimumkan kawalan dan keselesaan.
Land_Rover-Defender_110 7
  • Kebolehan meranduk air sedalam 900 mm. Program Wade dalam menu Terrain Response akan menaikkan sistem suspensi, manakala sensor ultrasonik Wade Sensing yang terdapat di dalam cermin sisi akan memaklumkan pemandu sekiranya kedalaman air mencecah tahap maksimum.
  • Sistem infohibur Pivo Pro dengan sistem audio Meridian.

Berdasarkan laman web Land Rover Malaysia, Defender 110 boleh didapati dengan empat pakej aksesori iaitu Explorer, Adventure, Country dan Urban.

Previous post

Mitsubishi Akan Hantar Kereta Baharu Anda Terus Ke Rumah

Next post

Jualan Toyota Naik 223 Peratus Pada September 2021!

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *