Berita Auto

Porsche 911 Targa 4S Heritage Design Edition Masuk Pasaran Malaysia

Sime Darby Auto Performance (SDAP) telah melancarkan Porsche 911 Targa 4S Heritage Design Edition yang menampilkan elemen-elemen reka bentuk yang diinspirasikan oleh era 50-an dan 60-an. Ia dibangunkan dengan kerjasama divisyen Porsche Exclusive Manufaktur.

BHPetrol_Euro5-Diesel_Web-Banner_BM_GoHedGostan_650x85_FA-6

Model Heritage Design Edition ini menggunakan 911 Targa (generasi 992) sebagai asas dan ia dikuasakan oleh enjin 4.0-liter biturbo enam sillinder yang menghasilkan 450 PS. Dengan transmisi automatik klac berkembar lapan kelajuan dan Launch Control, ia boleh memecut dari 0 hingga 100 km/j dalam kurang 3.6 saat dan mencapai kelajuan maksimum 304 km/j.

Unit yang ditampilkan ini didatangkan dalam warna eksklusif Cherry Metallic namun sebagai alternatif, pelanggan juga boleh memilih warna Black, Guards Red, GT Silver Metallic atau Crayon. Satu ciri istimewa yang terdapat model ini adalah grafik sukan permotoran “Spears” berwarna putih pada bahagian hadapan, serta pilihan nombor perlumbaan 0 hingga 99 pada bahagian sisi.

Penampilan luaran model ini disudahi dengan tulisan berwarna emas pada bar Targa, rim Exclusive Design berukuran 20 dan 21 inci, angkup brek hitam, lencana Porsche Heritage pada gril dan muncung ekzos sport berwarna perak.

Ruang dalaman pula dihiasi dengan upholster kulit dua-tona Bordeaux Red dan Atacama Beige, serta fabrik corduroy pada bahagian tengah tempat duduk dan panel pintu. Bukan itu sahaja, Alcantara juga boleh didapati pada pelapik bumbung serta tiang A dan B.

Antara perician lain yang turut disertakan termasuklah panel aluminium dengan tulisan “911 Targa 4S Heritage Design Edition”, karpet Heritage Design, tema hijau pada panel instrumen dan cetakan “Porsche Exclusive Manufaktur” pada penutup ruang storan. Kunci didatangkan dalam warna yang sama dengan badan dan didatangkan dalam kantung yang diperbuat daripada kulit.

Porsche 911 Targa 4S Heritage Design Edition

Untuk pasaran Malaysia, 911 Targa 4S Heritage Design Edition dijual pada harga bermula dari RM 1,677,409 dengan pengecualian cukai jualan.

Previous post

Aston Martin Valhalla Dibuka Untuk Tempahan Di Malaysia

Next post

Teaser Honda NSX Type S Yang Akan Datang Pada September 2021

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *