Berita Auto

Aston Martin Valhalla Dibuka Untuk Tempahan Di Malaysia

Nampaknya segmen supercar hibrid di Malaysia mula menghangat. Berikutan pelancaran Ferrari SF90 Stradale pada September 2020 dan versi Spider pada Jun tahun ini, Aston Martin Kuala Lumpur hari ini mengumumkan bahawa ia telah membuka tempahan untuk Valhalla.

BHPetrol_Euro5-Diesel_Web-Banner_BM_GoHedGostan_650x85_FA-6

Bagaimanapun, mereka yang ingin mendapatkan supercar hibrid dari Gaydon ini perlu cepat kerana ada tiga unit sahaja lagi yang tinggal. Menurut syarikat itu, sebanyak lima unit Valhalla telah diperuntukkan untuk pasaran Malaysia dan setakat hari ini, dua daripadanya telah pun ditempah.

Harga rasmi untuk pasaran Malaysia masih belum diumumkan namun di negara asalnya iaitu United Kingdom, Valhalla dijual pada harga bermula GBP600,000 (RM3.5 juta), tidak termasuk duit, cukai dan opsyen.

Diperkenalkan pada Julai lalu, Valhalla dikuasakan oleh enjin 4.0-liter twin-turbo V8 dan sepasang motor elektrik yang menghasilkan kuasa keseluruhan sebanyak 950 PS dan 1,000 Nm. Trenkuasa hibrid berkenaan dilengkapkan dengan kehadiran transmisi klac berkembar lapan kelajuan dan Electronic Limited-Slip Differential (E-Diff) pada gandar belakang.

Dari segi prestasi pula, Valhalla boleh melengkapkan pecutan 0-100 km/j dalam hanya 2.5 saat sebelum mencapai kelajuan maksimum 330 km/j. Dalam mod EV, ia boleh bergerak pada kelajuan sehingga 130 km/j dan dipandu sejauh kira-kira 15 km.

Untuk maklumat lanjut mengenai model ini, hubungi Aston Martin Kuala Lumpur di talian +60 3 2163 1196 atau emel kepada astonmartinkl.enquiries@wearnes.com.

Previous post

Alat Ganti 40 Series Land Cruiser Kembali Dalam Pengeluaran

Next post

Porsche 911 Targa 4S Heritage Design Edition Masuk Pasaran Malaysia

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *