Berita Auto

Mercedes-Benz E-Class Facelift Kini Di Malaysia

Mercedes-Benz Malaysia (MBM) hari ini melancarkan E-Class versi facelift untuk pasaran tempatan. Seperti sebelum ini, sedan eksekutif mewah itu dipasang secara tempatan di Bandar Diraja Pekan, Pahang.

BHPetrol_Euro5 Diesel_Web Banner_BM_GoHedGostan_650x85_FA

E-Class boleh didapati dalam dua varian iaitu E 200 Avantgarde yang berharga RM326,943.19 dan E 300 AMG Line yang ditawarkan pada harga RM375,432.19. Harga-harga yang disebutkan adalah harga atas jalan tanpa insurans, selepas pengecualian cukai jualan.

Sebagai model facelift, E-Class kini menampilkan rekaan terkini pada bahagian bampar, kluster lampu hadapan, grafik lampu belakang, bonet serta but. Di dalam, anda akan menemui butang sentuhan kapasitif pada stereng, kemasan hitam berglos tinggi dan tempat duduk baharu.

Antara kelengkapan yang disertakan secara standard pada model ini termasuklah sistem MBUX terkini dengan dua paparan berukuran 12.3 inci, sistem Active Brake Assist dengan pengesanan kenderaan pegun, pejalan kaki dan trafik dari arah bertentangan, serta pakej Urban Guard Vehicle Protection.

Berikut adalah ringkasan spesifikasi bagi kedua-dua varian:

E 200 Avantgarde

Prestasi

  • Enjin turbo 2.0-liter empat silinder
  • 197 hp @ 5,500-6,100 rpm
  • 320 Nm @ 1,650-4,100 rpm
  • Transmisi 9G-Tronic
  • 0-100km/j dalam 7.4 saat
  • Kelajuan maksimum: 240km/j

Kelengkapan

  • Luaran Avantgarde
  • Lampu hadapan dan belakang LED berprestasi tinggi
  • Rim aloi 18 inci
  • Trim dalaman Avantgarde
  • Stereng multifungsi dengan balutan kulit
  • Trim aluminium
  • Pencahayaan ambien

E 300 AMG Line

Prestasi

  • Enjin turbo 2.0-liter empat silinder
  • 258 hp @ 5,800-6,100 rpm
  • 370 Nm @ 1,800-4,000 rpm
  • Transmisi 9G-Tronic
  • 0-100km/j dalam 6.2 saat
  • Kelajuan maksimum: 250km/j

Kelengkapan

  • Luaran AMG Line
  • Lampu Multibeam LED
  • Adaptive Highbeam Assist Plus
  • Rim aloi AMG 19 inci
  • Trim dalaman AMG Line
  • Bumbung suria panoramik
  • Upholsteri kulit Artico
  • Stereng sport dengan balutan kulit nappa
  • Karpet AMG
  • Active Parking Assist dengan Parktronic dan kamera 360 darjah
  • Active Distance Assist Distronic
  • Active Brake Assist
  • Active Lane Keeping Assist
  • Active Blind Spot Assist
  • Adaptive brake lights
  • KEYLESS-GO

Dengan pelan pembiayaan Step Up Agility yang disediakan oleh Mercedes-Benz, pelanggan boleh memiliki E-Class facelift dengan ansuranan bulan bermula dari RM2,388 untuk varian E 200 Avantgarde dan RM2,988 untuk varian E 300 AMG Line.

Previous post

Pelancaran Digital Volkswagen Taigo Pasaran Eropah

Next post

Honda Malaysia Tampil Bantu Golongan Memerlukan Di Melaka

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *