Motosikal / Lain Lain Roda

Motosikal MiniGP Petronas SRT Ohvale Special Series Dilancarkan

Walaupun kedudukan semasa Franco Morbidelli dan Valentino Rossi dalam MotoGP bukanlah seperti yang diharapkan, Yamaha YZR-M1 yang ditunggang oleh kedua-dua pelumba pasukan Petronas Sepang Racing Team itu bukanlah calang-calang jentera. Sudah tentu, untuk memilikinya adalah mustahil namun peminat di luar sana kini boleh mendapatkan alternatif terdekatnya iaitu motosikal MiniGP Petronas SRT Ohvale Special Series.

BHPetrol_Euro5-Diesel_Web-Banner_BM_GoHedGostan_650x85_FA-8

Terhad kepada 46 unit sahaja, motosikal MiniGP ini mempunyai penampilan yang tidak ubah seperti jentera sebenar dengan skema warna hitam dan hijau Petronas SRT dan juga sepasang winglet. Malah, ia juga didatangkan dengan logo syarikat petroleum negara itu pada sebelah kiri dan kanan, serta pelekat syarikat-syarikat penaja pada bahagian bawah fairing.

Berasaskan model GP-0 160 cc, iaitu model yang sama yang dipilih oleh DORNA dan FIM untuk Siri Kejohanan Dunia FIM MiniGP, motosikal ini juga dilengkapi dengan sistem suspensi boleh laras Mupo pada bahagian hadapan dan Ohlins pada bahagian belakang, karburetor Dell’Orto dan sistem ekzos Arrow. Bukan itu sahaja, casisnya juga telah dinaik taraf untuk memudahkan penunggang yang lebih tinggi.

Setiap pembelian didatangkan dengan pakej eksklusif yang merangkumi pemanas tayar dan karpet berjenama, serta penutup motosikal. Turut disertakan adalah alat ganti dengan pelbagai pilihan sprocket dan pinion yang didatangkan di dalam bekas kustom.

Motosikal MiniGP edisi terhad ini kini dibuka untuk tempahan pada harga bermula dari €9,600 (RM48,282). Penghantaran akan dilakukan pada September tahun ini.

Previous post

Lotus Emira Memasuki Pra-Produksi Di Hethel

Next post

Toyota Lancar GR Supra A91-CF Edition Di Amerika Syarikat

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *