Berita Auto

Toyota Lancar GR Supra A91-CF Edition Di Amerika Syarikat

Rasanya sudah beberapa model edisi terhad Toyota GR Supra diperkenalkan sejak model itu memasuki pasaran pada 2019. Terbaru, bagi model tahun 2022, Toyota akan menawarkan GR Supra A91-CF (Carbon Fiber) Edition secara eksklusif untuk pasaran Amerika Syarikat.

BHPetrol_Euro5-Diesel_Web-Banner_BM_GoHedGostan_650x85_FA-7

Terhad kepada 600 unit sahaja, GR Supra A91-CF Edition hadir dengan pelbagai komponen yang diperbuat daripada gentian karbon seperti splitter dan canard pada bahagian hadapan, skirt sisi (side rocker), spoiler ducktail dan juga canard pada bahagian bampar belakang.

Menurut Toyota, aero kit ini bukan sekadar untuk bergaya kerana ia dapat membantu mempertingkatkan janaan ‘downforce’ serta kestabilan sama ada ketika memandu di jalan raya atau beraksi di litar lumba. Imej sporty model ini dilengkapkan lagi dengan rim 19 inci dalam warna hitam matte.

Model ini boleh didapati dalam tiga warna iaitu Matte Grey Phantom, Absolute Zero White dan Nitro Yellow. Ruang dalaman pula menampilkan tema hitam dan merah menerusi upholsteri Alcantara/kulit, tempat duduk sport dengan ciri pelarasan 14 hala, trim gentian karbon, balutan kulit pada stereng dan pedal sport.

Toyota GR Supra A91-CF Edition

Kesemua 600 unit GR Supra A91-CF Edition didatangkan dengan enjin turbo 3.0-liter enam silinder sebaris dengan 382 hp dan 500 Nm. Kuasa disalurkan ke roda belakang oleh transmisi automatik lapan kelajuan keluaran ZF. Selain itu, sistem suspensi adaptif, differential gandar belakang dan sistem brek Brembo.

Previous post

Motosikal MiniGP Petronas SRT Ohvale Special Series Dilancarkan

Next post

Bolt Angkup Brek Longgar: Tesla Panggil Semula 5,974 Kenderaan

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *