Hibrid & Elektrik

Tesla Roadster Boleh Capai 96 Km/j Dalam 1.1 Saat!

Sedar tak sedar, sudah lebih tiga tahun sejak Elon Musk mengumumkan Tesla Roadster generasi kedua. Model itu sepatutnya memasuki pasaran tahun lalu namun akibat penularan pandemik COVID-19 yang telah menjejaskan industri automotif, pelancarannya telah ditangguhkan ke tahun hadapan.

BHPetrol_Euro5-Diesel_Web-Banner_BM_GoHedGostan_650x85_FA-57

Bagaimanapun, mereka yang ingin melihat Roadster dengan lebih dekat tidak perlu menunggu lama kerana ia kini sedang dipamerkan di Muzium Automotif Petersen di Los Angeles. Apa yang menarik, pameran itu disertakan dengan satu plak yang menyatakan bahawa Roadster boleh memecut dari 0 hingga 96 km/j dalam 1.1 saat sahaja!

Perkara ini disahkan oleh Musk menerusi akaun Twitter rasmi beliau, di mana beliau mengatakan bahawa perkara itu boleh dilakukan dengan pakej tujahan roket SpaceX. Menurutnya lagi, ia tidak sesuai dinaiki oleh mereka yang mempunyai masalah kesihatan kerana prestasinya dikatakan sama dengan roller-coaster yang hardcore.

Menurut laporan, pakej berkenaan merangkumi penujah udara sejuk yang dibekalkan oleh tangki udara mampat dengan penujah yang tersembunyi di belakang nombor plat. Tanpa pakej tersebut, ia memerlukan 1.9 saat untuk mencapai kelajuan 96 km/j – masih sangat pantas.

Berdasarkan apa yang diumumkan pada 2017, Roadster akan hadir dengan 10,000 Nm yang dibekalkan oleh konfigurasi tiga motor iaitu satu pada gandar hadapan dan dua pada gandar belakang. Dengan bateri berkapasiti 250 kWh, kereta elektrik ini didakwa mampu dipandu sejauh 1,000 km dengan satu cas penuh. Dari segi prestasi pula, ia mampu memecut dari 0 hingga 160 km/j dalam 4.2 saat sebelum mencapai kelajuan maksimum 402 km/j.

Previous post

Apa Sudah Jadi Dengan Jenama Infiniti Di Malaysia

Next post

Hyundai Dedah Maklumat Awal IONIQ 6 Dan IONIQ 7

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *