Berita Auto

Tesla Roadster vs Bugatti Chiron, mana yang lebih hebat?

Beberapa hari lalu, Elon Musk mengejutkan dunia automotif dengan mendedahkan Tesla Roadster baru yang digelarkan sebagai “kereta paling pantas di dunia”.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Ia merupakan kenyataan yang sangat berani dari Musk, apatah lagi model terbarunya itu masih berada dalam fasa prototaip. Kenyataan itu juga secara tidak langsung meletakkan Roadster dalam kelas hypercar bersama dengan Bugatti Chiron.

Di sini kami bandingkan kedua-dua jentera berprestasi tinggi itu:

Kuasa

Tesla Roadster 01

Roadster dikatakan mempunyai 10,000 Nm tork tayar (wheel torque) yang dibekalkan oleh rangkaian kuasa elektrik, namun jumlah kuasa kuda yang dihasilkan masih belum diketahui. Chiron pula mempunyai 1,500 PS dan 1,600 Nm dari enjin 8.0-liter W16.

Prestasi

Bugatti-Chiron-41

Bagi pecutan 0-60 bsj (0-96 km/j), Roadster memerlukan 1.9 saat manakala Chiron memerlukan 2.4 saat. Pecutan 0-100 bsj (0-160 km/j) pula menyaksikan masa 4.2 saat bagi Roadster dan 5 saat bagi Chiron. Pecutan suku batu juga dimenangi oleh Roadster dengan catatan 8.8 saat berbanding 9.8 saat oleh Chiron.

Lain pula ceritanya bagi kelajuan maksimum. Roadster hanya mampu mencapai kira-kira 250 bsj (402 km/j) manakala Chiron pula boleh memecut sehingga 261 bsj (420 km/j) dengan pengehad elektronik.

Jarak pemanduan

Tesla-Roadster-4

Roadster menawarkan jarak pemanduan yang sangat mengagumkan untuk sebuah kereta elektrik iaitu hampir 1,000 km dengan sekali cas. Chiron, walaupun mempunyai tangki minyak sebesar 100 liter, boleh dipandu sejauh kira-kira 460 km. Ia boleh menghabiskan minyaknya dalam masa sembilan minit jika dipandu pada kelajuan maksimum secara berterusan.

Kapasiti tempat duduk

bugatti-chiron-13

Apa yang menarik tentang Roadster adalah ia mampu memuatkan sehingga empat orang penumpang (termasuk pemandu) walaupun mempunyai prestasi setara dengan hypercar yang kebanyakannya hanya mempunyai dua tempat duduk, seperti Chiron.

Harga

Bugatti-Chiron-42

Menurut Tesla, Roadster akan dijual dengan harga asas bermula dari $200,000 (RM824,900), cukup murah berbanding Chiron yang mempunyai tag harga kira-kira $3 juta (RM12.3 juta).

Konklusi

Tesla-Roadster-9

Jika dilihat pada perbandingan ringkas di atas, Roadster nyata mempunyai kelebihan ke atas Chiron dari segi prestasi pecutan, jarak pemanduan, kapasiti tempat duduk dan harga. Namun, harus diingat bahawa ia masih dalam fasa prototaip dan jangka masa pengeluarannya masih belum diumumkan. Bagi Chiron pula, walaupun ‘kalah’ di atas kertas, sekurang-kurangnya kemampuannya telah terbukti di atas jalan raya sebenar.

Berbalik kepada soalan di atas, mana yang lebih hebat? Bagi kami, Tesla Roadster dan Bugatti Chiron adalah dua rekaan yang sama mengagumkan dan masing-masing mempunyai kelebihan tersendiri dari segi kemajuan teknologi yang dibawa.

Previous post

Aston Martin Vantage baru telah tiba!

Next post

Mitsubishi Beri Diskaun 40% Untuk Alat Ganti Dan Upah Kepada Pelanggan Yang Terjejas Akibat Banjir

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *