Cerita Auto

Hyundai Kona N Semakin Hampir Untuk Dilancarkan

Kali terakhir Hyundai memperlihatkan Kona N, ia masih menggunakan pelekat penyamaran. Kali ini, jenama Korea Selatan itu telah menyiarkan beberapa imej teaser yang menunjukkan rekaan SUV berprestasi tinggi itu dengan lebih jelas.

6.-BHPetrol_Euro5-Diesel_Web-Banner_BM_GoHedGostan_650x85_FA-6

Seperti yang dijangka, Kona N menampilkan rekaan bampar yang lebih agresif dengan bukaan yang lebih besar dan tiga liang udara yang terletak berhampiran penutup bonet. Ia juga mempunyai logo N pada jeriji serta jalur merah yang menghiasai bahagian bawah bampar.

Sementara itu, bahagian belakang Kona N memperlihatkan spoiler bumbung berkembar dan lampu brek berbentuk segi tiga. Di bawah pula terdapat rekaan diffuser yang agresif yang menempatkan muncung ekzos berkembar dengan ukuran diameter yang besar. Sekali lagi, jalur berwarna merah digunakan untuk menyerlahkan sifat agresif jentera ini.

Seperti yang dilaporkan sebelum ini, Kona N bakal hadir dengan Launch Control, sistem ekzos aktif serta Electronic Sound Generator (ESG) yang bertindak menyalurkan bunyi enjin ke dalam ruang kabin untuk pemanduan yang lebih beremosi.

Perincian teknikal masih belum didedahkan namun ia dijangka hadir dengan enjin turbo 2.0-liter, transmisi klac berkembar lapan kelajuan dan sistem suspensi daripada i30 N.

Previous post

Toyota Aygo Generasi Seterusnya Akan Menggunakan Platform TNGA-B

Next post

Hyundai Staria - Pesaing Toyota Alphard Dari Korea Selatan

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *