Promosi / Tawaran / Peraduan

BHPetrol Menjangka Ketibaan Vaksin Akan Meningkatkan Penggunaan Petrol

Pengguna ShopeePay akan mendapat pulangan tunai sebanyak RM4 dengan pembelanjaan minimum RM40 di mana-mana stesen BHPetrol yang menerima pembayaran e-dompet di seluruh negara.

Setiap pelanggan boleh menerima pulangan tunai sebanyak tiga kali sepanjang tempoh kempen dari 1 Mac hingga 30 April.

Boustead Petroleum Marketing Sdn Bhd (BHPetrol) yakin ketibaan vaksin Covid-19 di Malaysia akan membantu memulihkan aktiviti ekonomi dan perjalanan, dan dengan itu meneruskan penggunaan petrol di seluruh negara.

Syarikat tersebut mengatakan walaupun Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah menjejaskan trafik ke semua stesen minyak, namun BHPetrol yakin sentimen pengguna akan menjadi lebih positif dan aktiviti ekonomi akan meningkat semula dengan pelancaran Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan.

BHPetrol menambah bahawa dompet mudah alih ShopeePay kini diterima sebagai salah satu kaedah pembayaran di stesen servis BHPetrol di seluruh negara. Kerjasama dengan ShopeePay adalah selaras dengan objektif BHPetrol untuk menuju ke arah pendigitalisasi bagi  pembayaran di stesen-stesen mereka.

Pengurus Besar Bahagian Pemasaran BHPetrol Lawrence Chuah berkata, “Di BHPetrol, kami sentiasa berusaha untuk memberikan yang terbaik kepada pelanggan kami dengan menawarkan kualiti petrol yang terbaik, diskaun menarik dan kemudahan yang secukupnya. Dengan ini, kami bekerjasama dengan dompet mudah alih seperti ShopeePay untuk menawarkan promosi menarik yang juga akan memberi kemudahan kepada para pelanggan. Perkembangan ini bukan hanya disebabkan oleh situasi Covid-19 tetapi juga selaras dengan saranan pihak kerajaan yang diumumkan dalam MyDigital untuk mendorong penggunaan pembayaran tanpa sentuhan.”

Chuah menambah BHPetrol selalu mendahului keperluan pelanggan dan penting untuk berada maju di hadapan. “Sudah menjadi tanggungjawab kami untuk menjadi progresif dan oleh itu, tidaklah sukar bagi kita untuk melakukan penyesuaian dan menaiki arus yang berubah. Menerima ShopeePay sebagai mod pembayaran tambahan menawarkan lebih banyak pilihan kepada pengguna kami. Kami akan terus melangkah lebih jauh untuk membantu melayani dan memberi penghargaan kepada pelanggan dengan lebih baik.”

Sementara itu, Ketua ShopeePay Alain Yee berkata, “Memandangkan sektor ekonomi dibuka semula secara berperingkat dan rakyat Malaysia memulakan aktiviti harian dan perniagaan seperti biasa, permintaan untuk petrol bakal meningkat semula. Kami melancarkan kerjasama kami dengan BHPetrol pada masa ini untuk memanfaatkan rakyat Malaysia. Kerjasama ini membolehkan para pengguna ShopeePay menikmati pulangan tunai yang menarik dan memberikan lebih penjimatan kepada pelanggan BHPetrol.”Stesen BHPetrol disokong oleh GHL Systems Bhd yang menyediakan terminal-terminal di stesen minyak untuk menerima ShopeePay di seluruh negara.

Previous post

Perodua: Hanya Berurusan Dengan Penasihat Jualan Yang Sah Untuk Elak Penipuan

Next post

Menjana Keuntungan Dengan Scania Lebih Mampu Milik Daripada Disangka

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *