Aksesori / Produk / Alatan / MinyakBerita Auto

Bridgestone Dilantik Pembekal Tayar Perodua Ativa

Perodua Ativa yang dilancarkan baru-baru ini mendapat sambutan hangat daripada pembeli yang rata-rata tertarik dengan teknologi dan kelengkapan yang ditawarkan, serta julat harga yang mampu milik.

Seperti yang dilaporkan sebelum ini, crossover yang berasaskan Daihatsu Rocky itu ditawarkan dalam tiga varian iaitu X (dari RM61,500), H (dari RM66,100) dan AV (dari RM71,200).

Antara kelengkapan yang disertakan secara standard pada ketiga-tiga varian adalah enjin turbo 1.0-liter tiga silinder yang dipadankan dengan D-CVT, lampu LED automatik, bantuan keselamatan Advanced Safety Assist (ASA 3.0) yang telah dipertingkatkan, serta sistem Lane Departure Warning and Prevention.

Bagaimanapun, hanya varian H and AV yang dilengkapi dengan rim 17 inci, membuatkan ia kelihatan lebih bergaya dan ‘rugged’ seperti sebuah SUV sebenar. Sementara itu, Ativa X pula mendapat rim berukuran 16 inci.

Kedua-dua varian tersebut menggunakan tayar jenis touring premium Bridgestone Turanza T005A bersaiz 205/60 R17, yang mana menurut Bridgestone Malaysia, menjanjikan perjalan yang lancar dengan keselesaan kelas pertama, tahap kesenyapan yang tinggi dan keselamatan yang terjamin.

Boleh didapati di outlet Bridgestone Select (B-Select) dan Bridgestone Pro Shop di seluruh negara, tayar Turanza T005A menampilkan sebatian Nano Pro-Tech yang direka khas untuk memperkuatan ikatan antara silika dan polimer. Hasilnya, penjanaan haba dan kehilangan tenaga dapat dikurangkan, dan ini secara tidak langsung mempertingkatkan keselamatan serta prestasi pemanduan di atas permukaan basah.

Previous post

Porsche Meningkatkan Kepentingan Mereka Dalam Rimac Automobili Kepada 24 Peratus

Next post

Toyota Aygo Generasi Seterusnya Akan Menggunakan Platform TNGA-B

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *