Berita Auto

Brosur Perodua Ativa Dan Senarai Harga Bocor

Seperti yang sudah dijangka ramai, SUV terbaharu Perodua akan diberi nama Ativa.

Well, tidak lama selepas booking dibuka secara rasmi untuk Perodua D55L yang akan datang ini, kami dihantar apa yang nampaknya macam brosur asli serta senarai harga untuk ketiga-tiga varian SUV tersebut.

Selain daripada beberapa maklumat tambahan mengenai model berasaskan Rocky ini, brosur yang bocor itu juga mengesahkan bahawa nama crossover Perodua baharu ini ialah Perodua Ativa. Brosur ini juga memuatkan slogan yang kami tidak berapa faham maksudnya “Aktifkan Setiap Destinasi”. Kami akan biarkan Perodua menerangkanya bila tiba masanya nanti.

Walau apa pun, seperti yang telah disahkan sebelum ini, Ativa akan ditawarkan dalam varian X, H dan AV. Lampu depan LED adalah standard untuk semua varian tetapi H dan V akan dilengkapi dengan Adaptive Driving Beam (ADB), sementara model asasnya cukup dengan Auto High Beam (AHB).

Seterusnya, kita sekarang tahu bahawa dua varian atas mendapat roda aloi 17 inci warna dua-tona dengan reka bentuk lima-spoke kembar. Reka bentuk lampu belakang LED berkombinasi tidak berubah dari Raize / Rocky tetapi untuk Perodua, terdapat jalur krom di bawah hiasan hitamnya.

Terima kasih kepada brosur ini, kami juga nampak multi-info display TFT 7 inci dan infotainment display 9 inci, kedua-duanya standard untuk varian H dan AV.

Ianya bukan rahsia bahawa Ativa berenjin tiga silinder 1.0 liter turbocharge. Walaupun belum ada data output yang disiarkan Perodua, tidak ada sebabnya mengapa Ativa akan memiliki enjin yang kurang dari apa yang ditawarkan oleh Raize dan Rocky. Enjin dipadankan dengan D-CVT.

Bab keselamatan pula, Perodua menyediakan sebagai standard, Advanced Safety Assist (ASA) untuk seluruh barisan Ativa. ASA, yang pertama kali disediakan dalam Myvi, kini beroperasi pada kelajuan yang lebih tinggi dan mampu mengesan kenderaan dua roda.

Semua varian Ativa dilengkapi dengan enam beg udara, ABS dengan EBD dan BA, Vehicle Stability Control (VSC), Emergency Stop Signal (ESS), Hill Hold Assist (HHA) dan Isofix. Sensor konar belakang adalah standard, sementara sensor konar depan dan kamera belakang disediakan untuk varian H dan AV. Yang terakhir itu mendapat ciri tambahan dalam bentuk Rear Cross Traffic Alert (RCTA).

Harga? Pilihan skema warna dua-tona (Pearl Delima Red atau Pearl Diamond White dengan bumbung hitam) untuk Ativa AV ialah RM73,400 on-the-road tanpa insurans. Tanpa bumbung hitam, varian top-range berharga RM72,600.

Sementara itu, Ativa X dan H masing-masing berharga RM67,300 dan RM62,500. Jangan lupa, harga yang disebutkan termasuk pek aksesori, yang terdiri daripada mat karpet, segitiga keselamatan, pemegang plat dan tint keselamatan (hanya untuk AV).


Previous post

Kerajaan Singapura Bersungguh-sungguh Mempromosikan Kenderaan Elektrik Pada Belanjawan 2021

Next post

Porsche Taycan Cross Turismo Akan Datang Tidak Lama Lagi

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *