Berita Auto

Perodua D55L Akhirnya Dibuka Untuk Tempahan – Dari RM62k

Beberapa hari selepas melancarkan rangka tindakan Smart Build, Perodua hari ini mengumumkan bahawa tempahan untuk D55L telah pun dibuka. Ia boleh didapati dalam varian X, H dan AV dengan harga tentatif atas jalan sebelum insurans antara RM62,500 dan RM73,400, berserta waranti lima tahun/150,000 km.

Antara ciri utama D55L adalah Sistem Bantuan Pemanduan Selamat (ASA) yang didatangkan standard pada semua varian. Ciri berkenaan telah dinaik taraf bagi membolehkan ia beroperasi pada kelajuan yang lebih tinggi berbanding versi semasa, selain mampu mengesan kenderaan dua-roda.

Turut disertakan pada semua varian sebagai sebahagian daripada ASA adalah Lane Departure Warning and Prevention. Sebagai varian tertinggi, AV didatangkan dengan Lane Keep Control, Blind Spot Monitor, Rear Cross Traffic Alert dan Adaptive Cruise Control, sekaligus memberikannya ciri pemanduan autonomi Tahap 2.

“Selari dengan matlamat kami untuk terus membawa lebih banyak teknologi canggih kepada orang ramai, Perodua D55L AV merupakan kenderaan Autonomi Tahap 2 yang paling mampu milik di Malaysia, menawarkan ciri keselamatan dan kemudahan canggih kepada semua,” kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua Dato’ Zainal Abidin Ahmad.

Di bawah bonet, terdapat enjin turbo yang dipadankan dengan transmisi jenis CVT. Menurut Perodua, gabungan ini menyumbang kepada kecekapan bahan api 18.9 km/l yang dikatakan terbaik dalam kelasnya. Walaupun tidak dinyatakan, trenkuasa tersebut berkemungkinan besar diambil daripada Daihatsu Rocky.

Lampu hadapan LED terdapat pada semua varian, manakala varian H dan AV dilengkapi dengan Adaptive Driving Beam, panel meter TFT 7-inci serta sistem infotainment skrin sesentuh 9-inci dengan ciri pengenalan suara.

Varian X dan H boleh didapati dalam warna Glittering Silver, Granite Grey dan Cobalt Blue – varian H turut didatangkan dengan pilihan Pearl Diamond White dan Pearl Delima Red. Tiga warna terakhir adalah baharu buat Perodua.

Sementara itu, varian AV pula boleh didapati dalam warna Glittering Silver, Granite Grey, Pearl Diamond White, Pearl Delima Red. Dua warna terakhir tersebut didatangkan dengan bumbung hitam.

Previous post

"K8" Ini adalah Kereta Baharu Yang Pertama Selepas Penjenamaan Semula Kia

Next post

BMW Malaysia Terajui Segmen Premium Dengan 52% Pegangan Pasaran

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *