Motosikal / Lain Lain Roda

Yamaha 135LC Dapat 4 Warna Baharu

Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) telah melancarkan Yamaha 135LC versi 2021 yang boleh didapati dalam empat warna baharu iaitu Yamaha Blue, Fiery Red, Metallic Cyan dan warna edisi khas iaitu Stealth Gold.

Menurut syarikat itu, harga model itu tidak mengalami sebarang perubahan iaitu RM6,868 untuk versi standard dan RM7,118 untuk edisi khas Stealth Gold. Harga yang dinyatakan tidak termasuk insurans dan pendaftaran. Setiap pembelian didatangkan dengan kunci cakera percuma bernilai RM100.

Selain harga, spesifikasi 135LC juga tidak berubah. Ini bermakna ia kekal dengan enjin empat lejang bersesaran 134 cc yang menjana 12 hp pada 8,500 rpm dan 11.8 Nm pada 5,500 rpm. Transmisi empat kelajuan ditugaskan untuk menyalurkan kuasa ke roda belakang.

135LC dilengkapi dengan cakera hidraulik pada bahagian hadapan dan brek gelendong di belakang, berserta tayar bersaiz 70/90-17 di hadapan dan 80/90-17 di belakang. Sistem suspensi pula terdiri daripada fork teleskopik dan monocross. Kapasiti tangki bahan api adalah 4 liter.

Previous post

Kia Lancar Logo dan Slogan Baharu

Next post

GoCar Umum 4 Model Baharu Dan Pelbagai Penjimatan Tambahan

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *