Promosi / Tawaran / Peraduan

GoCar Umum 4 Model Baharu Dan Pelbagai Penjimatan Tambahan

Platform perkongsian kereta GoCar hari ini mengumumkan bahawa beberapa model baharu akan diperkenalkan untuk program langganan mereka, serta pelbagai tawaran penjimatan menarik untuk pelanggan sedia ada dan baharu.

Menurut syarikat itu, mereka sedang dalam persiapan untuk menawarkan Honda City, Mitsubishi Xpander, Nissan Almera Turbo dan Proton X50. Pelanggan boleh mendapatkan kemas kini dan pengumuman menerusi akaun Facebook dan Instagram rasmi GoCar serta laman web GoCar Subs.

Eksklusif di Shopee, program langganan GoCar iaitu GoCar Subs turut menawarkan diskaun 50 peratus untuk pelan langganan yang terpilih. Tawaran ini sah untuk model-model berikut:

Pelanggan boleh menempah model pilihan mereka melalui kedai Shopee GoCar bermula hari ini hingga 31 Januari 2021 untuk menikmati tawaran istimewa ini dan mereka mempunyai tempoh sehingga 28 Februari 2021 untuk mengambil kenderaan yang telah ditempah. Pelanggan juga akan menikmati cashback 10 peratus ke atas Shopee Coins apabila mereka membuat tempahan.

Selain itu, pelanggan baharu yang mendaftar GoCar Subs akan menikmati penjimatan menerusi promosi NEW2SUBS yang berjalan hingga 31 Januari 2021. Berikut adalah kelebihan promosi tersebut:

  • Yuran langganan percuma untuk bulan pertama
  • Diskaun 50 peratus ke atas yuran langganan bulan kedua dan ketiga
  • Naik taraf perbatuan dari 1,650 km ke 2,500 km secara percuma
  • Yuran SWAP dikecualikan untuk tahun pertama
Previous post

Yamaha 135LC Dapat 4 Warna Baharu

Next post

Hyundai Motor Malaysia Tutup Kedai Dan Berpindah Ke Jakarta

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *