Autonomi

Teksi Tanpa Pemandu ‘Robotaxi’ Sedang Diuji di Amerika Syarikat

Selepas dibeli oleh Amazon pada pertengahan tahun ini, syarikat mobiliti autonomi Zoox kini memperkenalkan teksi autonomi elektrik pertamanya yang direka khas untuk kawasan bandar yang padat.

Digelar sebagai ‘robotaxi’, ia mempunyai reka bentuk seakan kereta kuda atau pedati dengan empat tempat duduk, di mana penumpang akan duduk bertentangan antara satu sama lain.

Kuasa dibekalkan oleh sebuah bateri berkapasiti 133 kWh yang membolehkan ia beroperasi secara berterusan sehingga 16 jam dengan satu cas penuh, pada kelajuan sehingga 120 km/j. Apa yang menarik, robotaxi mempunyai kemampuan untuk memandu secara dua hala, bermakna ia boleh menukar arah tanpa perlu mengundur. Dengan panjang keseluruhan 3.63 meter, ia juga bersaiz kompak dan boleh bergerak dalam ruang yang sempit.

Menurut Zoox, robotaxi mempunyai lebih 100 inovasi keselamatan yang tidak terdapat di dalam mana-mana kenderaan produksi. Ini termasuk sistem beg udara khas yang bersamaan penarafan keselamatan lima bintang untuk keempat-empat penumpang.

Selain itu, ia juga menggunakan sistem kamera, radar dan LIDAR bagi mendapatkan sudut pandangan 270 darjah di keempat-empat sudut, sekaligus menghapuskan titik buta dan membolehkan robotaxi mengesan objek seperti pejalan kaki, penunggang basikal dan pengguna jalan raya yang lain di sekelilingnya.

Buat masa ini, robotaxi masih dalam fasa ujian di Las Vegas, San Francisco dan Foster City.

Previous post

Lexus Mempersembahkan DIRECT4: Sistem Kawalan PACUAN Elektrik Baharu

Next post

Mercedes-Benz GLA Generasi Kedua Masuk Pasaran Malaysia

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *